Utusan Borneo (Sarawak)

Ling gagal batal saman difailkan Najib Hakim Mahkamah Tinggi juga mengarahka­n Ling membayar kos RM5,000 kepada Najib

-

SHAH ALAM: Seorang pengurus syarikat binaan dan perkhidmat­an dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan membunuh teman wanitanya, Sabtu lepas.

Sobri Abdul Wahab, 40, kelihatan sugul dan mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret Rini Triany Muhamad Ali.

Dia didakwa membunuh wanita warga Indonesia bernama Gusnima, 38, di Apartmen Seroja di Seksyen U8, Bukit Jelutong di sini antara jam 6 petang hingga 8 malam.

Sobri didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagaimanap­un, peguam tertuduh, Khairul Naim Rafidi memohon mahkamah mengguna pakai Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah bagi kes tersebut kerana Sobri dipercayai tidak siuman ketika kejadian.

Katanya tertuduh pernah mempunyai sejarah rawatan berkaitan masalah tersebut di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 2014 dan 2015 sebelum berhenti dirawat sejak dua tahun lepas untuk berubat secara kampung.

Majistret Rini Triany membenarka­n permohonan tersebut dan mengarahka­n tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta di Ipoh, Perak untuk rawatan.

Kes akan disebut semula pada 12 April depan untuk serahan dokumen dan laporan kimia.

Dalam kejadian Sabtu lepas, mangsa yang bekerja sebagai pembantu sebuah kantin sekolah ditemui terlentang dengan 28 kesan tikaman di dapur rumah sewanya di Bukit Jelutong di sini.

Mangsa yang berasal dari Medan, Indonesia itu mempunyai 14 kesan tikaman di leher, lima di belakang badan, empat di perut, tiga di rusuk kiri dan dua lagi di tengkuk. — Bernama KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini semalam menolak permohonan bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik untuk membatalka­n saman yang difailkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terhadapny­a berhubung penerbitan artikel dalam satu portal berita yang mendakwa beliau menyalahgu­nakan dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun memberitah­u pemberita bahawa Hakim Datuk Nor Bee Ariffin memutuskan bahawa ada isu yang akan dibicaraka­n dalam kes saman itu berhubung locus standi sama ada plaintif (Najib) memfailkan saman atas kapasiti peribadi atau sebagai pegawai awam.

“Hakim yang mengikuti kes Datuk Seri Adnan Yaakob lawan Utusan Malaysia

Hakim yang mengikuti kes Datuk Seri Adnan Yaakob lawan Utusan Malaysia di Mahkamah Persekutua­n membenarka­n rayuan Adnan dan memerintah­kan kes saman itu dikembalik­an ke Mahkamah Tinggi untuk dibicaraka­n. Hari ini (semalam), hakim berkata isu locus standi dalam kes ini akan dibicaraka­n.

di Mahkamah Persekutua­n membenarka­n rayuan Adnan dan memerintah­kan kes saman itu dikembalik­an ke Mahkamah Tinggi untuk dibicaraka­n. Hari ini ( semalam), hakim berkata isu locus standi dalam kes ini akan dibicaraka­n,” kata Mohd Hafarizam.

Hakim yang membuat keputusan dalam kamar juga mengarahka­n Ling membayar kos RM5,000 kepada Najib.

Mohd Hafarizam juga ber- kata satu lagi isu yang akan dibicaraka­n ialah sama ada saman itu adalah menyalahgu­nakan proses mahkamah.

Beliau berkata tiada tarikh ditetapkan untuk mendengar perkara itu kerana kes tersebut akan didengar oleh hakim baharu, Datuk Nordin Hassan memandangk­an Hakim Nor Bee sekarang ialah Hakim Mahkamah Keluarga.

Peguam Yeoh Cho Kheong yang mewakili Ling berkata plaintif sepatutnya diberi peluang untuk didengar di mahkamah untuk menentukan sama ada saman oleh beliau (Najib) ialah atas kapasiti peribadiny­a atau sebagai pegawai awam.

Ling mengemukak­an permohonan pada 15 Feb, 2016 untuk membatalka­n saman Najib atas alasan bahawa ia adalah penyalahgu­naan proses mahkamah dan tidak menyatakan alasan yang munasabah.

Pada 27 Oktober, 2015, Najib atas kapasiti peribadi telah memfailkan saman ter- hadap Ling kerana mendakwa bahawa bekas menteri pengangkut­an itu telah membuat kenyataan yang berbaur fitnah terhadapny­a dalam satu artikel yang disiarkan dalam portal berita itu pada 3 Oktober, 2015.

Dalam kenyataan tuntutanny­a, Najib berkata Ling secara palsu dan berniat jahat mengeluark­an kenyataan fitnah itu pada satu majlis di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman di sini dengan mendakwa kenyataan oleh Ling membawa maksud beliau (Najib) telah menyalahgu­nakan dana awam untuk kepentinga­n peribadi.

Pada 18 Julai, 2016, mahkamah membenarka­n permohonan oleh Najib untuk mengetepik­an aafidavit bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang difailkan untuk menyokong permohonan Ling bagi membatalka­n saman tersebut. — Bernama

Datuk Mohd Hafarizam Harun Peguam

 ?? — Gambar Bernama ?? DITUDUH BUNUH: Sobri (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Shah Alam semalam atas tuduhan membunuh teman wanitanya Sabtu lepas.
— Gambar Bernama DITUDUH BUNUH: Sobri (tengah) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Shah Alam semalam atas tuduhan membunuh teman wanitanya Sabtu lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia