Utusan Borneo (Sarawak)

Liwat anak jiran: Lelaki dipenjara 14 tahun, tiga sebatan

-

KAJANG: Seorang bekas pekerja pendawaian elektrik dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas didapati bersalah meliwat anak lelaki jirannya berumur sembilan tahun.

Hakim Datin Surita Budin menjatuhka­n hukuman itu ke atas Saiful Affendey Zairulliza, 31, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah terhadap kes pihak pendakwaan di akhir kes pembelaan.

“Mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes melampaui keraguan munasabah, tertuduh dengan ini disabitkan dengan pertuduhan dan dijatuhi hukuman penjara 14 tahun bermula dari tarikh tangkap pada 24 November 2016 dan tiga sebatan,” katanya.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas mendengar keterangan 16 saksi pihak pendakwaan termasuk mangsa dan seorang saksi pihak pembelaan iaitu tertuduh pada perbicaraa­n yang bermula 23 Mac 2017.

Saiful Affendey yang masih bujang didakwa melakukan kesalahan itu di rumah sewanya di sebuah pangsapuri di Seksyen 5, Bandar Baru Bangi, di sini antara jam 4 petang dan 5 petang, 17 Nov 2016 mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh juga disebat, jika sabit kesalahan.

Mengikut keterangan kes, tertuduh yang menyewa di pangsapuri itu bersama rakan-rakannya mempunyai hubungan baik dengan mangsa dan kanak-kanak lain.

Pada hari kejadian, ketika mangsa sedang bermain bersama rakannya, tertuduh telah memanggil dan meminta mangsa untuk membantuny­a mengemas pakaian di rumah tertuduh.

Mangsakemu­dianmengik­ut tertuduh ke rumahnya dan tertuduh telah mengambil kesempatan meliwat mangsa di atas sofa ruang tamu rumahnya semasa rakan serumahnya tiada di rumah.

Keesokanny­a mangsa telah memberitah­u kejadian itu kepada adik lelakinya dan perbualan itu didengari seorang abangnya yang terus memaklumka­n kepada ibunya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia