Utusan Borneo (Sarawak)

Tahanan reman lari ketika menerima rawatan di HOSHAH

-

KUANTAN: Seorang tahanan reman bagi kes curi, melarikan diri ketika sedang mendapatka­n rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh (HOSHAH) malam kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang SAC Othman Nayan berkata, suspek lelaki berumur 29 tahun yang merupakan tahanan lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran sebelum itu telah mengadu sakit perut dipercayai apendiks, dibawa ke Klinik Kesihatan di Maran untuk mendapatka­n rawatan sebelum dirujuk ke Hoshah.

“Suspek yang ditahan pada 13 Mac lepas menerima rawatan di salah satu wad di hospital berkenaan dalam keadaan tangan bergari dengan dikawal oleh seorang anggota polis yang bertugas.

“Bagaimanap­un ketika anggota berkenaan ke tandas, suspek telah bertindak melarikan diri selepas berjaya menanggalk­an gari di tangannya dan hal itu disedari oleh seorang petugas di hospital itu sebelum bertindak melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis pada jam 8.40 malam,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Berikutan itu, polis telah menjalanka­n operasi bagi mengesan suspek di hospital berkenaan dan kawasan sekitar sejak kelmarin.

Beliau turut menyeru kepada orang ramai yang mengetahui dan ternampak individu mencurigak­an supaya segera menghubung­i pihak polis untuk membantu siasatan.

“Saya juga ingin meng- ingatkan supaya tidak ada mana-mana pihak yang bertindak melindungi suspek daripada pihak polis kerana mereka yang berbuat demikian boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 216 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan melindungi tertuduh yang lari daripada tahanan sah,” katanya.

Katanya anggota polis yang berkenaan juga kini dalam proses untuk dikenakan tindakan mengikut Seksyen 223 kanun yang sama iaitu cuai ketika melakukan tugasan sehingga menyebabka­n suspek atau OKT melarikan diri.

Sementara suspek yang berasal dari FELDA Kampung Awah, Maran pula akan didakwa mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan polis. — Bernama PASIR PUTEH: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan dua buah bot dan 15 nelayan Vietnam kerana menangkap ikan di perairan negara secara haram di dua lokasi berasingan, kelmarin.

Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Daerah Maritim 10 Tok Bali, Komander Maritim Ismail Hamzah berkata bot pertama ditahan bersama seorang tekong dan lima awak-awak di 100 batu nautika dari Kuala Tok Bali pada jam 1.45 pagi.

Ismail berkata bot kedua bersama seorang tekong dan lapan awak- awak ditahan pada jam 2.32 pagi di 102 batu nautika dari Kuala Tok Bali.

“Kesemua nelayan asing yang berusia antara 23 dan 56 tahun itu ditahan ketika rondaan dibuat oleh agensi ini di perairan negara. Nelayan asing berkenaan turut bertindak memadamkan lampu bot mereka untuk melarikan diri selepas dikesan oleh Maritim Malaysia.

“Ketika pemeriksaa­n dilakukan, nelayan asing tersebut ada yang bersembuny­i di ruang penyimpana­n ikan dan timbunan pukat untuk mengelak daripada ditangkap,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia