Utusan Borneo (Sarawak)

Curi kereta mewah, ‘Geng Ateng’ tumpas

-

KUALA LUMPUR: ‘Geng Ateng’ yang disyaki aktif mencuri kenderaan mewah sejak 2016 tumpas selepas kesemua sembilan anggotanya termasuk ketua mereka diberkas polis dalam beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang pada 6 Mac lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata kesemua mereka yang ditahan merupakan lelaki tempatan berusia antara 18 dan 38 tahun yang dipercayai aktif sekitar ibu kota, Selangor, Pahang, dan Negeri Sembilan.

“Kita juga berjaya merampas 10 kereta mewah bersama sebuah motosikal yang disyaki dilarikan anggota kumpulan terbabit bersama 11 keping cukai jalan dipercayai palsu.

“Turut dijumpai 15 paket lut sinar disyaki syabu, 24 biji pil Eramin5 dan satu tiub straw disyaki mengandung­i heroin seberat 3.23 gram,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, semalam.

Mazlan berkata kumpulan terbabit menyasarka­n kenderaan mewah yang tidak dimatikan enjin di kawasan stesen minyak sebelum melarikan kenderaan berkenaan.

“Selain itu, kumpulan ini juga membuat kunci klon kereta yang diperoleh daripada ahli kumpulan mereka yang bekerja sebagai penarik kereta dan peniaga kedai aksesori.

“Ketua mereka yang digelar Ateng mempunyai 24 rekod lampau melibatkan samun dan dadah serta tidak mempunyai pekerjaan dan dipercayai menjadi pengedar dadah kecil-kecilan sekitar Cheras,” katanya.

Mazlan berkata pihaknya yakin berjaya menyelesai­kan 11 kes curi kenderaan mewah dan kesemua mereka direman sehingga 20 Mac di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMPAS: Mazlan (tengah) menunjukka­n kereta mewah yang dirampas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama RAMPAS: Mazlan (tengah) menunjukka­n kereta mewah yang dirampas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia