Utusan Borneo (Sarawak)

Tahanan reman sempat minta RM10 daripada penduduk kampung

-

TEMERLOH: Tahanan reman yang diburu polis kerana melarikan diri ketika mendapatka­n rawatan di di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAH) di sini malam kelmarin sempat meminta RM10 daripada seorang penduduk Kampung Paya Luas di sini.

Rosli Mat Tahar, 56, berkata pada jam 8 malam kelmarin beliau sedang berehat di beranda rumahnya setelah selesai solat Maghrib apabila terlihat seorang lelaki memanjat pagar rumahnya.

“Saya terkejut apabila lelaki ini tiba-tiba muncul di hadapan saya. Lelaki berambut panjang, berpakaian lokap warna oren, berseluar panjang dan sebelah seliparnya putus meminta maaf kerana panjat pagar dengan alasan mahu pergi rumah kawannya.

“Dia turut mendakwa motosikaln­ya rosak dan mahu pinjam duit rakannya. Lelaki ini juga sempat meminta RM10 daripada saya tetapi melihat kepada keadaan yang mencurigak­an saya tidak beri,” katanya ketika ditemui Bernama di sini semalam.

Rosli berkata, pada mulanya dia memang mengesyaki lelaki itu cuba lari daripada seseorang tetapi oleh kerana beberapa soalan yang diaju kepada lelaki itu mampu dijawab dengan baik dia kemudian membiarkan lelaki itu pergi.

Tambahnya, tidak sampai 10 minit kemudian, dia membaca pesanan ‘WhatsApp’ dari penduduk kampung yang mengatakan terdapat seorang OKT melarikan diri ketika sedang mendapatka­n rawatan di hospital.

“Saya keluar dari rumah dan masa itu polis sudah ramai, saya maklumkan kepada polis dan menunjukka­n arah lelaki tersebut melarikan diri,” katanya.

Rosli mendakwa, kejadian kelmarin adalah kali kedua pesakit melarikan diri dari hospital masuk ke halaman rumahnya kerana sebelum ini seorang pesakit warga asing pernah melarikan diri dengan cara yang sama tetapi berjaya ditangkap dan diserahkan kepada pihak hospital.

Sementara itu seorang lagi penduduk Ismail Basir, 60, berkata, dia melihat lelaki berpakaian lokap warna oren mundar mandir di hadapan rumahnya di Lorong Bukit, kampung yang sama sebelum Maghrib kelmarin.

Menurut Ismail, lelaki berbaju lokap itu pada mulanya berbual dengan beberapa pekerja asing yang sedang membina rumah jirannya tetapi lelaki itu kemudian menyembuny­ikan diri di belakang sebuah rumah penduduk.

“Dia tak berlari, nampak macam keletihan...saya tak tegur pun dia, lepas tu dia menghilang­kan diri di laluan belakang berhampira­n paya. Tidak lama kemudian ada buah tiga kereta polis mengepung kawasan sekitar lelaki itu menyembuny­ikan diri,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia