Utusan Borneo (Sarawak)

Federer ke semifinal Indian Wells Masters

-

INDIAN WELLS: Juara bertahan Roger Federer menandingi permulaan musim terbaiknya dengan kemenangan 7- 5, 6-1 ke atas Chung Hyeong untuk menempah tempat pada peringkat separuh akhir kejohanan tenis Indian Wells Masters kelmarin.

Federer, yang memburu rekod dengan kejuaraan Indian Wells keenam, melanjutka­n siri kemenangan­nya kepada 16 kemenangan berturut-turut, untuk menandingi permulaann­ya pada musim kalendar ATP 2006.

Pada peringkat separuh akhir, Federer akan menentang Borna Coric dari Croatia yang menewaskan pemain pilihan ketujuh Kevin Anderson 2-6, 6-4, 7-6 (7/3).

Federer memenangi 70 peratus daripada mata servis pertamanya, melakukan hanya satu ‘double fault’ sahaja dan merampas servis Chung empat kali dalam perlawanan selama sejam 23 minit di stadium utama.

Dia mencapai kemenangan pada mata perlawanan kedua apabila dia melakukan pukulan ace ke-12 dan terakhirny­a dalam perlawanan itu.

Pada awal tahun ini, dia mempertaha­nkan kejuaraann­ya di Terbuka Australia untuk memenangi Grand Slam ke-20.

Pada bulan lepas, dia memenangi kejuaraan perseorang­an ke-97 dengan kemenangan di Rotterdam yang membantuny­a merampas semula ranking nombor satu dunia dan menjadi pemain No. 1 yang paling tua dalam sejarah ATP.

Kemenangan ini menjamin dia akan terus menduduki tempat teratas selepas Indian Wells berakhir nanti.

Ini adalah perlawanan pertama di antara Federer dan Chung sejak perlawanan separuh akhir di Terbuka Australia apabila pemain Swiss itu mendahului 6-1, 5-2 dan Chung terpaksa menarik diri kerana lepuh kaki.

Chung yang berkacamat­a jatuh kepada 15-6 pada musim ini kerana dia tampil pada peringkat suku akhir kelimanya dalam enam kejohanan pada tahun ini.

Federer berkata dia merancang untuk menyediaka­n diri bagi menentang Coric dengan cara sama dia bersiap sedia untuk Chung.

“Dia bermain sama seperti Chung,” kata Federer. “Seseorang yang bergerak dengan hebat dan memiliki keyakinan tinggi.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia