Utusan Borneo (Sarawak)

Dembele harap diberi peluang untuk teruskan momentum

-

MADRID: Dua ratus hari selepas dia menjadi pemain paling mahal Barcelona, Ousmane Dembele akhirnya menjaringk­an gol perta- manya untuk kelab ketika menentang Chelsea dalam Liga Juara-Juara. Sekarang pemain berusia 20 tahun itu pasti berharap untuk diberi peluang bagi meneruskan momentum apabila Barca mengalih perhatian semula kepada La Liga dengan kunjungan Athletic Bilbao pada malam esok (Ahad). Kelab Catalan itu membayar 105 juta euro (RM504 juta) untuk mendapatka­n Dembele pada musim panas lalu dan jumlah itu dapat meningkat kepada 150 juta euro (RM720juta) jika beberapa bonus berkaitan p r e s t a s i d i c e - tuskan.

Namun bekas penyerang Borussia Dortmund itu menghadapi kesukaran untuk memenuhi jangkaan pada musim sulungnya di Sepanyol.

Dembele mengalami kecederaan hamstring ketika dia memulakan perlawanan pertamanya dalam liga dan tidak bermain lagi untuk pasukan baharunya sehingga Januari, ketika Barca bermain cemerlang dalam La Liga dan bakal menandatan­gani seorang lagi penyerang berbakat, Philippe Coutinho.

Ketibaan Coutinho menjadikan persaingan untuk tempat terakhir di barisan hadapan, di sisi Lionel Messi dan Luis Suarez, jauh lebih sengit tetapi, selepas pemain Brazil itu tidak layak untuk bermain menentang Chelsea manakala Paulinho memanaskan bangku pemain simpanan, Dembele menggunaka­n peluang yang diberikan.

Penyudah yang cantik ke sudut atas gawang meletakkan Barca dua gol di hadapan pada separuh masa pertama dan Messi, yang memberi bola kepada Dembele, menunjukka­n kegembiraa­nnya dengan melompat ke atas rakan sepasukann­ya dan menepuk dadanya.

Apabila rakan senegara Perancis, Samuel Umtiti, turut sama meraikan jaringan itu dengan lompatan tembungan badan bersepadu, kelegaan dapat dirasai bahawa karier Dembele bersama Barca akhirnya sudah dilancarka­n.

“Ia mengenai aklimatisa­si,” kata jurulatih Barcelona Ernesto Valverde.

“Ia tidak memudaratk­annya. Dia mengalami kecederaan sebelum ini, sesuatu yang menjadi penghalang, dan dia datang dari corak bola sepak lain.

“Selain itu, dia perlu membiasaka­n diri dengan cara kita bergerak, sama ada ketika menyerang ketika menguasai bola, atau bertahan sebagai satu pasukan.”

Analisis Valverde merupakan petunjuk jelas bahawa Dembele masih perlu berusaha dan ia dia mungkin mendapati diri digilirkan daripada barisan kesebelasa­n utama pada hujung minggu ini.

Barca sudah tentulah tidak mampu untuk asyik memikirkan tentang kemenangan 3-0 mereka ke atas Chelsea, kerana Atletico Madrid ingin sekali mengurangk­an jurang lapan mata di bahagian atas liga.

Bagaimanap­un Bilbao terkandas di tempat ke- 12, terlalu jauh daripada tempat penyingkir­an atau tempat di Eropah dan dengan kekurangan satu hari untuk berehat selepas perlawanan pusingan kedua mereka menentang Marseille dalam Liga Europa kelmarin.

Sementara itu Atletico bertandang ke Villarreal pada malam esok ketika pasukan Diego Simeone ingin sekali mengejar Barca untuk merebut kejuaraan.

Jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane, juga enggan menolak kebangkita­n, tetapi mengatasi jurang 15 mata ke atas Barcelona dalam 10 perlawanan mereka yang berbaki kelihatan tidak mungkin.

Dalam jadual lain, Valencia di tempat keempat bermain di tempat sendiri menentang Alaves pada malam ini (Sabtu) manakala Sevilla di tempat kelima bertandang ke Leganes esok. — AFP

 ??  ?? DEMBELE
DEMBELE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia