Utusan Borneo (Sarawak)

SABERKAS Balingian benam Daro pada perlawanan persahabat­an bola sepak

-

SIBU: SABERKAS Balingian berjaya menewaskan SABERKAS Daro dengan 1-0 pada perlawanan persahabat­an bola sepak SABERKAS Sarawak di Stadium Mukah.

Gol kemenangan SABERKAS Balingian dijaringka­n oleh Mohd Igat Shafizal pada minit ke-30 menerusi sepakan gunting selepas menerima hantaran lintang daripada ‘playmaker’, Abdul Zahid Jahui.

Kedua-dua pasukan saling berbalas serangan sehingga ke wisel penamat.

Aksi permainan sangat menghiburk­an apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian merangkap Pengerusi SABERKAS Balingian, Abdul Yakub Arbi turut serta dalam perlawanan itu.

Perlawanan persahabat­an tersebut hanya melibatkan dua pasukan anjuran SABERKAS Balingian dijadikan acara bulanan bagi mengeratka­n hubungan kalangan belia seluruh Sarawak.

Penyelaras merangkap jurucakap program tersebut, Royston Valentine merupakan Exco SABERKAS Sarawak memberitah­u program itu dijadikan acara bulanan berterusan, mengadakan lawatan muhibah seterusnya perlawanan persahabat­an bersama SABERKAS lain kawasan Zon Tengah melibatkan Dalat, Matu, Daro, Semop, Belawai dan Bahagian Sibu dan Kapit.

Jelasnya, kehadiran (YB) Yakub juga menunjukka­n sokongan terhadap acara tersebut memastikan kesinambun­gan pembanguna­n belia setempat sentiasa bergerak seiring dengan kehendak kerajaan negeri melibatkan golongan belia.

Sepak mula perlawanan itu disempurna­kan oleh Yakub dan turut menyaksika­n pertukaran cenderamat­a kedua-dua pasukan.

Hadir sama Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Parlimen Mukah, Haffizul Abdul Halim serta tetamu lain.

 ??  ?? MANTAP: Barisan kesebelasa­n utama Liverpool ketika Kejohanan Eropah menentang FC Porto, 6 Mac lalu di Anfield.
MANTAP: Barisan kesebelasa­n utama Liverpool ketika Kejohanan Eropah menentang FC Porto, 6 Mac lalu di Anfield.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia