Utusan Borneo (Sarawak)

Klopp perlu pastikan pasukannya sedar daripada kesilapan lalu

-

LIVERPOOL: Jurgen Klopp pasti akan melihat dengan tekun untuk mengetahui sama ada pemain Liverpool sudah belajar atau belum daripada kesilapan mereka apabila Watford melawat Anfield dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) pada malam ini (Sabtu).

Klopp menjelaska­n pemainnya terlalu perlahan untuk bertindak terhadap bola kedua pada hujung minggu lepas, ketika mereka mengalami kekalahan keempat dalam liga pada musim ini dengan kekalahan 2-1 di Manchester United (MU).

Kekalahan itu bermakna Liverpool melepaskan peluang untuk menduduki tempat kedua, tetapi memandangk­an MU dan Tottenham akan beraksi dalam Piala FA pada hujung minggu ini, pasukan Klopp akan menduduki tempat ketiga jika mereka dapat mengelak kekalahan kepada Watford.

Kunci kepada kejayaan pada malam ini adalah untuk memastikan mereka terus mantap dan pada waktu yang sama meneruskan ancaman mereka di barisan serangan, sesuatu yang mereka tidak dapat buat ketika mereka seri 3- 3 dengan Watford di Vicarage Road pada hari pembukaan musim.

Liverpool ketinggala­n dua kali pada hari itu, kemudian mendahului menerusi gol pertama Mohamed Salah untuk kelab, hanya untuk dibolosi gol penyamaan pada minit ke-94 daripada Miguel Britos.

Itu adalah tanda masalah pertahanan yang masih menimbulka­n masalah untuk Liverpool.

Di Old Trafford pada Sabtu lepas, mereka dibolosi dua gol yang boleh dielakkan pada separuh masa pertama jaringan Marcus Rashford, dan kemudian tidak dapat memecah kebuntuan untuk menyelamat­kan perlawanan.

Klopp dapat merenungka­n hakikat bahawa pasukannya tewas walaupun menguasai 67.9 peratus perlawanan dengan 14 cubaan ke arah gol berbanding lima untuk MU.

“Bola kedua tidak bagus dalam dua situasi di mana kami dibolosi gol,” kata pemain tengah Liverpool, Emre Can.

“Pada pendapat saya, ia tidak bagus. Kami perlu belajar daripadany­a dan bermain dengan lebih baik dalam perlawanan menentang Watford.

“Kami membuat kesilapan yang sangat mudah apabila kami dibolosi gol; kami perlu bertahan dengan lebih baik sebagai sebuah pasukan di sana.

“Kami perlu belajar daripada perlawanan itu, kami perlu terus berusaha dan mencuba lagi Sabtu ini.”

Walaupun kecewa selepas kalah hanya buat kali kedua sahaja dalam 21 perlawanan liga mereka yang terakhir, Liverpool boleh tenang dengan hakikat bahawa prestasi mereka pada keseluruha­n adalah bagus.

Klopp juga mempunyai skuad yang lebih kurang lengkap untuk dipilih, dengan hanya pemain pertahanan Nathaniel Clyne sahaja yang tidak dapat bermain kerana masih belum pulih daripada kecederaan belakang jangka panjang.

Walau bagaimanap­un, mereka ada satu kebimbanga­n lain.

Pemain tengah Can sudah dilayangka­n sembilan kad kuning pada musim ini, dan satu lagi pada malam ini akan menyebabka­nnya digantung dua perlawanan dalam liga domestik, yang bermakna dia tidak akan dapat bermain dalam perlawanan tetangga Merseyside menentang Everton di Goodison Park pada 8 April.

Watford belum lagi menjaringk­an gol apabila mereka melakukan lawatan ke stadium pasukan lawan di bawah pengurus baharu Javi Gracia, tetapi masalah mereka adalah di seberang padang.

Pengurus dari Sepanyol itu, yang sudah menyaksika­n pasukannya gagal menjaringk­an gol di tempat lawan selama enam jam terakhir, amat was-was dengan ancaman yang ditimbulka­n oleh Sadio Mane, Salah dan Roberto Firmino.

“Belum ada pasukan yang telah menang di Anfield dalam liga pada musim ini, jadi ia tidak akan mudah,” katanya.

Kelab ketiga tercorot Crystal Palace, yang tewas dalam empat perlawanan terakhir mereka, bertandang ke Huddersfie­ld manakala West Bromwich Albion, di tempat tercorot dan lapan mata dari zon selamat, amat memerlukan kemenangan di Bournemout­h.

Stoke juga terlibat dalam pertarunga­n untuk terus bermain dalam liga utama dan pasukan Paul Lambert yang menduduki tempat kedua tercorot pasti mahu menamatkan siri tanpa kalah mereka dalam enam perlawanan berturut-turut apabila mereka melayan kunjungan Everton. — AFP

Kami membuat kesilapan yang sangat mudah apabila kami dibolosi gol; kami perlu bertahan dengan lebih baik sebagai sebuah pasukan di sana. Emre Can Pemain Liverpool

 ??  ?? PERSAHABAT­AN: Kedua-dua pasukan merakamkan kenangan sebelum perlawanan bersama Yakub (berdiri tengah) di Mukah semalam.
PERSAHABAT­AN: Kedua-dua pasukan merakamkan kenangan sebelum perlawanan bersama Yakub (berdiri tengah) di Mukah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia