Utusan Borneo (Sarawak)

9 Briged, 31 Briged Rejimen Sempadan anjur ceramah bahaya ancaman Daesh

-

PELAJAR sekolah menengah di sekitar bandar raya Miri dipelawa menyertai pertanding­an menyanyi ‘Campus Superstar 4’ di Boulevard Shopping Mall Miri, 15 April depan.

Bertemakan lagu-lagu cinta 80-an dan 90-an, peserta dikehendak­i memilih untuk menyanyika­n sama ada lagu Cina ataupun Inggeris.

Jurucakap penganjur memberitah­u, pertanding­an dibuka kepada mereka yang berumur 13 hingga 19 tahun (tingkatan satu hingga enam) dengan bayaran RM15 setiap penyertaan.

“Peserta harus menyediaka­n dua lagu dan lima peserta dengan markah tertinggi akan layak ke pusingan akhir.

“Mereka yang terpilih ke peringkat akhir pula akan diadili dengan membawa lagu bertemakan perkahwina­n,” jelasnya sambil menambah pertanding­an bermula jam 6 petang.

Peserta juga dikehendak­i membawa sendiri cakera padat (CD) atau cakera pa- dat video (VCD) lagu yang ingin disampaika­n.

Borang penyertaan yang telah lengkap diisi perlu dihantar ke Kaunter Maklumat Boulevard Shopping Mall sebelum tarikh tutup 10 April.

Juara akan membawa pulang wang tunai RM500, diikuti tempat kedua RM300 dan RM100 untuk tempat ketiga.

Setiap pemenang turut membawa pulang trofi berserta sijil penyertaan.

Tujuh pemenang sagu hati akan menerima hamper, trofi berserta sijil penyertaan.

Pemenang persembaha­n terbaik dan paling popular masing-masing akan membawa pulang RM50, trofi berserta sijil penyertaan.

Mereka yang ingin mengetahui lanjut atau mendaftar, boleh menghubung­i pihak pengurusan pertanding­an iaitu Damion, Ramlah atau Crystal di talian 085-432999 (sambungan 139). SERAMAI 62 pegawai dan 491 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) daripada pasukan di bawah naungan 9 Briged dan 31 Briged Rejimen Sempadan terlibat dalam Siri Jelajah Program Roadshow Task Force Perisai Wira Peringkat Sibu di Dewan RASCOM, Kem RASCOM, Batu 10, Sibu, 14 Mac lalu.

Program tersebut diadakan bertujuan untuk memberi penerangan mengenai bahaya ancaman Daesh dan penjelasan tentang fahaman ektremisme, radikalism­e dan terorisme.

Di samping itu juga, ia bertujuan untuk memberi kefahaman mengenai aspek perundanga­n antikegana­san supaya warga ATM tidak terlibat dengan undang-undang keganasan sedia ada.

Penerangan dan penjelasan tersebut telah disampaika­n oleh Tim Task Force yang diketuai oleh Mejar Jeneral (Bersara) Datuk Mohd Noor Osman, Ketua Tim TASK FORCE PERISA WIRA (ATM) Leftenan Kolonel Dr Zulkarnain Harom, Cawangan Anti Keganasan Bahagian Perisikan Pertahanan Leftenan Kolonel Shahrudin Abd Rahman, Pegawai Staf Satu Undang-Undang Bahagian Perisikan Pertahanan dan Mejar Chula Endiang @ Esok.

Antara ceramah yang disampaika­n ialah Ancaman Ekstremism­e, Radikalism­e dan Terorisme Kepada Keselamata­n ATM serta Implikasi UndangUnda­ng Anti Keganasan Kepada Anggota ATM.

Turut hadir pada syarahan tersebut ialah Briged Jeneral Datuk Dzulkafli Mustafa Panglima 9 Briged, Ketua Staf 9 Briged, Ketua Staf 31 Briged dan Pegawai Memerintah serta Pemerintah di bawah naungan 9 Briged dan 31 Briged.

 ??  ?? SERLAHKAN BAKAT: Jawatankua­sa penganjur mempelawa pelajar sekolah menengah di Miri menyertai pertanding­an menyanyi Campus Superstar 4 pada 15 April.
SERLAHKAN BAKAT: Jawatankua­sa penganjur mempelawa pelajar sekolah menengah di Miri menyertai pertanding­an menyanyi Campus Superstar 4 pada 15 April.
 ??  ?? PENERANGAN : Jelajah Program Roadshow Task Force Perisai Wira Peringkat Sibu diadakan di Dewan RASCOM.
PENERANGAN : Jelajah Program Roadshow Task Force Perisai Wira Peringkat Sibu diadakan di Dewan RASCOM.
 ??  ?? SOAL JAWAB: Peserta tidak melepaskan peluang pada sesi soal jawab Program Roadshow Task Force Perisai Wira Peringkat Sibu.
SOAL JAWAB: Peserta tidak melepaskan peluang pada sesi soal jawab Program Roadshow Task Force Perisai Wira Peringkat Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia