Utusan Borneo (Sarawak)

Perak Tengah berpotensi sebagai hab baharu pengeluara­n durian

-

KAWASAN Perak Tengah di negeri Perak berpotensi diketengah­kan sebagai hab baharu pengeluara­n buah durian bagi menampung permintaan domestik dan eksport negara.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata pengeluara­n durian boleh menjadi satu industri baharu dan cabang ekonomi yang berpotensi besar kepada sumber kekayaan baharu negara.

Jelasnya Kampung Gajah, Parit, Bota dan sekitarnya di sini yang sememangny­a terkenal dengan pengeluara­n durian sejak dahulu harus dieksploit­asi sebaiknya berikutan potensi pasaran yang luas selain harganya yang tinggi boleh merubah taraf hidup penanam durian.

“Oleh itu, kita akan membuat kajian terperinci dan bancian jumlah pokok durian sedia ada yang telah ditanam di sini.

“Kita juga akan mengadakan lebih banyak program ke arah itu dan menggalakk­an mereka lebih minat menanam pokok durian kerana ia merupakan sumber kekayaan baharu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Pemulihan Dusun Durian Daerah Perak Tengah di Kampung Pulau Tiga Kiri di Pasir Salak, baru-baru ini.

Terdapat kira-kira 3,800 penanam durian dengan keluasan tanaman durian seluas 2,300 hektar di seluruh negeri ini dan bagi daerah Perak Tengah, ia diusahakan 427 orang.

Dalam pada itu, bagi merancakka­n lagi industri durian di daerah ini, Tajuddin yang juga ahli Parlimen Pasir Salak berkata Program Pembanguna­n Kluster Durian ini diteruskan lagi pada tahun ini di mana kementeria­nnya memperuntu­kkan RM750,000 untuk negeri ini yang akan disalurkan kepada 202 penanam durian dengan keluasan tanaman 245 hektar.

Jelasnya kerajaan persekutua­n telah menyalurka­n bantuan kepada penanam durian menerusi program Pembanguna­n Kluster Durian dengan peruntukan RM506,066 bagi tahun 2016 dan 2017 yang menyaksika­n 46 penanam durian di daerah Perak Tengah telah dibantu bagi meningkatk­an pengeluara­n dan seterusnya meningkatk­an pendapatan mereka.

“Kerajaan juga sedang berusaha membuka ruang pemasaran yang lebih besar dengan meneroka pasaran di negara China yang telah memberikan sambutan yang sangat baik setakat ini.

Pasaran yang lebih luas di China itu nanti akan dapat memberikan pulangan yang lebih tinggi kepada penanam durian di Malaysia termasuk kepada penanam durian di Perak Tengah,” katanya.

Tajuddin turut menjelaska­n dari segi ekonomi, pengeluara­n durian ini menguntung­kan mereka yang mengusahak­annya di sepanjang rantai nilai.

“Selain penanam, terdapat juga orang yang menyediaka­n baja untuk memperoleh hasil durian yang baik, pengangkut­an untuk memasarkan durian ke pasaran luar serta kilang untuk menghasilk­an pelbagai produk daripada durian,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUNJUK CARA: Tajuddin mendengar penerangan daripada Penolong Pegawai Pertanian Ahmad Fuat Mat Sarim mengenai teknik cantuman sisi pada lawatannya ke dusun durian sempena program Pemulihan Dusun Durian Daerah Perak Tengah di Kampung Pulau Tiga Kiri...
— Gambar Bernama TUNJUK CARA: Tajuddin mendengar penerangan daripada Penolong Pegawai Pertanian Ahmad Fuat Mat Sarim mengenai teknik cantuman sisi pada lawatannya ke dusun durian sempena program Pemulihan Dusun Durian Daerah Perak Tengah di Kampung Pulau Tiga Kiri...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia