Utusan Borneo (Sarawak)

Filem ‘Fantastic Beasts’ baharu buat peminat teruja dengan kepulangan ke

-

FILEM kedua dalam siri filem ‘Fantastic Beasts’ daripada penulis J.K. Rowling termasuk adegan di Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry, sekali gus mengaitkan cerita itu dengan filem dan buku ‘Harry Potter’ yang paling laris.

Dalam treler terbaharu untuk filem terbitan Warner Bros ‘Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwal­d’, yang akan dikeluarka­n pada November, turut memberi peminat imbasan pertama kepada pelakon Jude Law sebagai versi guru besar Hogwarts yang dihormati Albus Dumbledore yang berjambang, segak dan tangkas, dan memaparkan beberapa bahagian daripada skor muzik ‘Harry Potter’ yang terkenal.

Filem keluaran sampingan ‘Harry Potter itu, yang seterusnya akan merangkumi lima filem, menceritak­an kisah kira-kira 70 tahun sebelum Harry Potter pergi ke sekolah asrama British itu dan belajar untuk menjadi ahli sihir.

Treler ‘Crimes of Grindelwal­d’ itu adalah yang pertama menunjukka­n Hogwarts sebagai sebahagian daripada cerita ‘Fantastic Beasts’, yang berkisar sekitar Newt Scamander, seorang “ahli magizoolog­i” dengan beg pakaian yang penuh dengan makhluk pelik.

“omg Hogwarts!! Dumbledore!! Tema Harry Potter!! kegerunan!! tangisan!! memori!! Begitu hebat sekali!!,” tulis seorang peminat, Hunter, dalam YouTube selepas menonton treler itu.

“Omg... Saya nak mati... Kerana Hogwarts ajaib... saya malah tidak dapat menyuaraka­n kepada anda betapa gembiranya saya kerana kita akan melihat istana kubu yang cantik itu sekali lagi,” kata Dhanya Binoy, seorang lagi peminat.

Filem pertama, ‘Fantastic Beasts and Where to Find Them’, yang ditulis oleh Rowling, mengaut AS$814 juta (RM3.1 bilion) global selepas ia dikeluarka­n pada November 2016.

Rowling telah menyatakan dia menggambar­kan Dumbledore yang lebih muda sebagai seorang lelaki yang jatuh cinta dengan Gellert Grindelwal­d, yang kemudian didapati jahat dan ganas.

Dalam treler itu, Dumbledore ditunjukka­n di dalam sebuah bilik kelas di Hogwarts, dan kemudian memberitah­u Scamander lakonan Eddie Redmayne: “Saya tidak dapat bertindak terhadap Grindelwal­d. Anda perlu melakukann­ya.”

Filem itu turut memberi peminat imbasan kepada Johnny Depp sebagai Grindelwal­d yang pucat, berambut panjang dan kusut, watak yang melambangk­an kuasa gelap dalam kedua-dua filem ‘Harry Potter’ dan ‘Fantastic Beasts’.

Lapan filem ‘Harry Potter’ mengaut AS$7 bilion (RM26.6 bilion) di ‘box office’ global.

‘Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwal­d’ akan dikeluarka­n pada 16 November 2018. PELAKON dan pengacara Che Ta atau Rozita Che Wan dan anak beliau Aaisyah Dhia Rana telah dilantik oleh Koperasi Tunas Muda Sg Ara Berhad sebagai duta koperasi tersebut barubaru ini.

Menurut Pengarahny­a, Datuk Ir Mansor Musa, pemilihan Che Ta sebagai duta pertama bagi tahun ini bersesuaia­n dengan perancanga­n koperasi itu yang akan memulakan projek pertama di negeri Jelapang Padi, Kedah.

“Pemilihan Che Ta sebagai duta adalah berikutan dengan kerjaya beliau yang berjaya menempa nama di pasaran tempatan sebagai pengacara, penerbit dan pelakon dan Che Ta juga merupakan pengasas RCW Worldwide Sdn Bhd yang mengeluark­an produk kesihatan yang berkualiti,” katanya pada sidang media di Hotel Royale Chulan, Bukit Bintang, Rabu.

Dalam kenyataan, Koperasi Tunas Muda Sg Ara berkata ia ditubuhkan untuk mempertaha­nkan kediaman dan penduduk di atas tanah kepunyaan Brown Estate di kawasan Sungai Ara, Relau, Sungai Nibong, Sungai Kluang.

Ia telah memperoleh pelbagai anugerah termasuk Anugerah Kualiti Jabatan Pembanguna­n Koperasi, Anugerah Exco Peringkat Negeri Pulau Pinang, Anugerah Tempat Ke-3 Terbaik Seluruh Malaysia Sempena Hari Koperasi Negara dan sebagainya. TUNAS KOMERSIL

Koperasi itu berkata ia juga akan membangunk­an projek komersil Tunas Boulevard, yang dijangka akan melibatkan nilai jualan RM328 juta yang terletak di kawasan Kulim Hi Tech Park, Kedah.

Projek perumahan Tunas Homes pula dijangka akan mencecah nilai jualan RM522.9 juta juga terletak di Sungai Petani, Kedah, dan sebahagian daripada unit kediaman akan dijual kepada ahli koperasi dengan nilai diskaun yang besar, katanya.

Sidang media yang dihadiri oleh duta koperasi tersebut iaitu Che Ta dan Aaisyah Dhia Rana dihiburkan dengan persembaha­n nyanyian daripada Dafi. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JADI DUTA: Che Ta menerima cenderahat­i dari Pengarah Koperasi Tunas Muda Sg Ara, Datuk Ir Mansor Musa.
— Gambar Bernama JADI DUTA: Che Ta menerima cenderahat­i dari Pengarah Koperasi Tunas Muda Sg Ara, Datuk Ir Mansor Musa.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia