Utusan Borneo (Sarawak)

AS hukum mati dua pembunuh kejam

-

WASHINGTON: Dua banduan yang menunggu pelaksanaa­n hukuman mati, seorang di Alabama dan seorang lagi di Georgia, dihukum mati kelmarin selepas rayuan mereka ditolak.

Michael Eggers, 50, yang dijatuhkan hukuman mati bagi penculikan dan pembunuhan isterinya pada tahun 2000, menerima suntikan maut di Alabama.

Pasukan pembelaann­ya, yang cuba menangguhk­an hukuman mati di Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS), berkata dia telah mengalami halusinasi, satu penyeksaan kompleks dan penyakit psikologi serius.

Pada Januari, mahkamah membenarka­n penangguha­n hukuman mati bagi seorang lagi banduan yang menunggu pelaksanaa­n hukuman mati di Alabama, Vernon Madison, 67, kerana dia mengalami dementia.

Di Georgia, Carlton Gary, 67, dihukum mati pada Rabu lepas kerana membunuh tiga wanita pada 1977. Dia telah mengakui jenayah tersebut.

Negeri Georgia menolak rayuan bagi pengampuna­n, namun peguamnya turut mengemukak­an petisyen ke Mahkamah Agung bagi penangguha­n hukuman.

Pendakwa raya berkata Gary bertanggun­gjawab bagi satu rangkaian pembunuhan wanita tua sejak September 1977 hingga April 1978, di Columbus, Georgia.

Berusia lingkungan 59 hingga 89 tahun, wanita tersebut telah dipukul dengan teruk, dirogol dan dicekik, selalunya dengan seluar ketat mereka sendiri. Tujuh wanita telah dibunuh dan dua lagi dicederaka­n.

Diberi gelaran “stocking strangler” Gary ditangkap pada 1984 dan disabitkan bagi tiga daripada pembunuhan itu.

Bagaimanap­un, peguamnya menegaskan bahawa kaedah saintifik terbaharu akan membuktika­n anak guamnya tidak bersalah. — AFP

 ??  ?? GARY
GARY
 ??  ?? EGGERS
EGGERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia