Utusan Borneo (Sarawak)

Puluhan ribu ratapi kematian ahli majlis bandar raya Rio

-

RIO DE JANEIRO: Puluhan ribu warga Brazil membanjiri jalan kelmarin untuk meratapi seorang ahli wanita Majlis Dewan Bandar Raya Rio de Janeiro, yang juga aktivis hak orang kulit hitam dan pengkritik lantang kekejaman polis, selepas dia ditembak mati dalam satu pembunuhan ala upahan.

Orang ramai berarak ke dewan undangan negeri Rio untuk membantah pembunuhan Marielle Franco, 38, sehari sebelum itu.

Orang ramai berjumlah lebih 10,000 memenuhi sebuah lebuh besar, dan ia merupakan salah satu perhimpuna­n spontan terbesar yang pernah dilihat oleh bandar raya itu sejak sekian lama, kata pemberita AFP.

Ramai orang berpakaian serba hitam dan melaungkan slogan menentang polis, seperti: “Hentikan pembunuhan...Masa untuk bertindak!”

“Saya sedih sekali,” kata salah seorang peserta, Ana Paula Brandao, 48.

“Dia mewakili segalanya yang baharu yang orang boleh harapkan – seorang wanita kulit hitam dari kawasan miskin yang mencapai kedudukan di mana dia dapat mewakili kami dan berjuang bagi semua usaha besar.”

Serangan ke atas Fran- co, yang berlaku walaupun tentera campurtang­an pada bulan lepas untuk mengekang kadar jenayah yang melambung di Rio, turut mencetuska­n kemarahan di sekitar negara terbesar di Amerika Latin itu.

Kira-kira 10,000 berhimpun untuk memperinga­ti Franco di Sao Paulo dan protes juga diadakan sejauh bandar Belem dalam Hutan Amazon.

Sebagai seorang wanita kulit hitam yang berkempen untuk hak masyarakat paling miskin di Rio, Franco menonjol dalam dunia politik di Rio yang didominasi kaum lelaki berkulit putih.

Dia bangga dengan asal usulnya di favela (setinggan) majoriti kulit hitam yang daif di Rio dan mendapat nama sebagai pengkritik lantang kekejaman polis.

Lewat Rabu lepas, seorang atau beberapa penyerang mendamping­i kenderaan putihnya di tengah Rio dan melepaskan tembakan, yang terkena bahagian kepalanya selain membunuh pemandu dan mencederak­an seorang pembantu, sebelum penyerang melarikan diri. Mangsa tidak dirompak. Presiden Michel Temer menganggap ia “satu serangan ke atas demokrasi dan keluhuran undang-undang” dan menjanjika­n bantuan sepenuhnya daripada pihak berkuasa persekutua­n.

Amnesty Internatio­nal menuntut siasatan teliti yang memberi tumpuan kepada “konteks, motif dan tanggungja­wab” bagi pembunuhan itu.

Pejabat hak asasi manusia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengecam “pembunuhan yang amat mengejutka­n itu”.

Penyanyi legenda Brazil, Elza Soares, yang berkulit hitam, menulis dalam Twitterr bahawa ini adalah “satu daripada beberapa kali apabila saya tidak dapat mencari suara saya. Saya terkejut. Mengerunka­n.”

Seorang lagi pemuzik terkenal di Brazil, Caetano Veloso, tweet: “Saya sedih, sangat sedih, amat sedih.”

Franco dilahirkan dan dibesarkan dalam satu rangkaian favela, atau kampung setinggan, dipanggil Mare, salah sebuah kawasan paling ganas di bandar raya itu.

Seorang ahli Parti Sosialisme dan Kebebasan (PSOL) yang berhaluan kiri, dia mengejutka­n ramai apabila dia memenangi keursi dalam majlis bandar raya Rio pada 2016.

Dia menajdi suara terkemuka menentang keganasan yang dilakukan oleh pasukan polis di Rio, yang secara rutin dituduh oleh organisasi hak asasi manusia melakukan pembunuhan di luar bidang kuasa undangunda­ng, memalsukan bukti dan mengamalka­n rasuah. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? PROTES: Orang ramai membantah pembunuhan Franco di Rio de Janeiro kelmarin.
— Gambar Reuters PROTES: Orang ramai membantah pembunuhan Franco di Rio de Janeiro kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia