Utusan Borneo (Sarawak)

Jambatan pejalan kaki di Miami runtuh

Mengorbank­an empat nyawa, baharu dibina kurang dari seminggu lepas

- Muka

MIAMI: Sebuah jambatan pejalan kaki yang baharu dibina di atas sebatang jalan raya utama di Miami runtuh kelmarin, mengorbank­an empat orang dan memerangka­pkan beberapa kereta di bawahnya.

Laluan jalan kaki tersebut, yang menghubung­kan Universiti Florida ke sebuah kawasan perumahan pelajar, baharu dibina kurang dari seminggu lepas.

“Kami mengesan seramai empat mangsa. Empat kematian,” Ketua Bomba Miami-Dade Dave Downey memberitah­u satu sidang media.

Maurice Kemp, timbalan datuk bandar kawasan tersebut, berkata usaha mencari mangsa terselamat masih belum dihentikan.

“Daerah Miami-Dade dan beberapa agensi rakan kongsi kami...telah bekerja bersungguh-sungguh dalam usaha pencarian dan menyelamat bagi memastikan berapa ramai mangsa di sana dan menyelamat­kan seramai yang kami mampu,” Kemp memberitah­u wartawan.

Ketua Divisyen Penyelamat Bomba Miami- Dade Paul Estopinan berkata sekurangku­rangnya lapan kereta terperangk­ap ketika jambatan konkrit seberat 950 tan itu tiba-tiba runtuh.

Detektif polis Juan Carlos Llera berkata, “ia kedengaran seperti satu letupan. Satu dentuman yang kuat.”

“Ia kelihatan seperti sebuah kawasan bencana. Ia kelihatan seakan-akan sebiji bom telah meletup,” Llera memberitah­u AFP.

Jambatan itu baharu dibina pada Sabtu lepas, sebelum pembukaann­ya yang dirancang pada 2019.

Isabella Carrasco, yang menyatakan beliau tiba di tempat kejadian hanya selepas runtuhan itu, memberitah­u CNN bahawa beberapa kereta telah hancur sepenuhnya, dan terdapat “begitu banyak serpihan di semua tepat.

Beliau berkata beliau melihat seorang wanita keluar dari sebuah kereta “yang tepat pada masanya: dan kakitangan penyelamat melakukan kaedah CPR bagi menyelamat­kan nyawa seorang lagi di jalan raya.

Seorang pemandu lain yang terkejut, Lynnell Collins, memberitah­u CNN beliau baharu hendak membelok ke kanan ketika “semua benda seakan-akan jatuh.”

“Selepas semua benda pecah. Saya berasa sangat takut. Saya segera keluar dari kereta dan saya serta beberapa orang lagi bergegas ke sana. Kami mula membantu orang yang kereta mereka separuh mus- nah dan sesiapa sahaja yang dapat diselamatk­an dengan mudah.

Beliau berkata beliau melihat dua trak yang “penyek sepenuhnya”.

“Kami berasa terkejut dan sedih dengan kejadian tragis membabitka­n jambatan pejalan kaki FIU- Sweetwater,” Universiti Antarabang­sa Florida menyatakan dalam satu kenyataan.

“Pada masa ini kami masih lagi terlibat dalam usaha menyelamat dan mengumpul maklumat.”

FIU baru- baru ini meraikan pembinaan jambatan tersebut, yang menyeberan­gi satu bahagian yang sangat berbahaya dan sesak di lebuh raya yang menurut pelajar adalah tempat kerap berlaku kemalangan.

Ia dibina menggunaka­n cara pembinaan modular yang membolehka­n ia diangkat naik ke atas pada masa tertentu.

“Kami dikejutkan dengan kejadian runtuhan tragis pada hari ini melibatkan sebuah jambatan pejalan kaki,” kata FIGG Engineerin­g Group, salah satu rakan kongsi yang terlibat dalam pembinaan laluan tersebut.

“Kami akan bekerjasam­a sepenuhnya dengan pihak berkuasa dalam menilai apa yang telah berlaku dan kenapa,” menurut firma tersebut dalam satu kenyataan.

“Sepanjang sejarah kami selama 40 tahun, tiada apaapa yang seperti ini pernah berlaku sebelum ini.”

“Terus untuk mengawasi keruntuhan jambatan yang menyayat hati di FIU – sangat tragis,” Presiden Donald Trump menulis dalam Twitter.

“Ramai Responder Pertama yang berani bergegas untuk menyelamat­kan nyawa. Terima kasih di atas keberanian anda. Berdoa pada petang ini bagi semua yang terlibat,” kata beliau.

Keruntuhan jambatan di Amerika Syarikat amat jarang berlaku di sebalik risiko yang bertambah dikaitkan dengan infrastruk­tur yang usang.

Kejadian paling teruk pada abad ini adalah keruntuhan pada 2007 melibatkan jambatan lapan laluan di Minneapoli­s, Minnesota, yang meragut 13 nyawa. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? RUNTUH: Anggota bomba dan penyelamat mengalihka­n serpihan di mana sebuah jambatan pejalan kaki runtuh beberapa hari selepas ia dibina di Miami, Florida kelmarin.
— Gambar AFP RUNTUH: Anggota bomba dan penyelamat mengalihka­n serpihan di mana sebuah jambatan pejalan kaki runtuh beberapa hari selepas ia dibina di Miami, Florida kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia