Utusan Borneo (Sarawak)

Dua wanita ceroboh Pusat Islam di Arizona ditangkap

-

LOS ANGELES: Dua wanita ditangkap kelmarin kerana menceroboh masuk ke dalam sebuah Pusat Islam di Arizona dan merakamkan diri mereka sendiri membuat beberapa kenyataan anti-Islam, kata polis.

Tahnee Gonzales dan Elizabeth Dauenhauer ditangkap bagi pecah masuk peringkat ketiga “selepas siasatan mendedahka­n mereka memasuki bangunan Pusat Islam Tempe dan kemudian mengalihka­n pelbagai barangan,” jurucakap polis tempatan Ron Elcock berkata dalam satu kenyataan.

“Berdasarka­n maklumat mengenai jenayah itu satu peningkata­n dalam jenayah kebencian akan dipertimba­ngkan ketika penjatuhan hukuman,” menurut beliau.

Kedua- dua wanita itu menghantar beberapa video dalam Facebook menunjukka­n mereka memasuki pusat tersebut, membuat kenyataan menghina orang Islam dan menggalakk­an anak-anak mereka agar mengikuti jejak langkah mereka.

Ahmad Al- Akoum, pengarah hubungan antara kepercayaa­n dan salah seorang imam di pusat tersebut, memberitah­u AFP bahawa insiden itu berlaku pada pagi 4 Mac, ketika tiada sesiapa berada di situ.

Seorang wartawan tempatan yang melihat video itu memaklumka­n pihak masjid, di mana pemimpinny­a kemudian memeriksa kamera rakaman pengawasan dan melihat dua wanita itu mengambil beberapa salinan kitab alQuran termasuk risalah, dan kemudian mengoyakka­n dokumen yang dilekatkan pada sebuah papan buletin.

Pihak berkuasa masjid kemudian menghubung­i polis.

“Mereka mengajar anakanak mereka agar bersikap pembenci, ia adalah sesuatu yang sangat membimbang­kan,” Al-Akoum menyebut mengenai dua wanita itu.

Beliau berkata masjidnya dan beberapa lagi di sekitar Phoenix sering menjadi sasaran gangguan” untuk tempoh yang lama, hampir sejak 2001,” merujuk kepada tahun serangan 11 September.

Namun keadaan bertambah teruk sejak Donald Trump – yang cuba menghalang kemasukan pendatang dari negara majoriti Islam tertentu ke Amerika Syarikat sebagai bahagian utama dalam agendanya – memegang jawatan pada tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia