Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera laut Libya rampas kapal disyaki seludup minyak

-

TRIPOLI: Pasukan tentera laut Libya merampas sebuah kapal tangki yang disyaki memunggah minyak secara haram dan menahan krunya dari Greek, menurut seorang jurucakap tentera laut kelmarin.

Kapal tangki itu dipintas pada petang Rabu di luar pantai barat Libya, kirakira lapan batu nautika dari loji minyak Abu Kamash, menurut jurucakap Ayoub Kacem.

Abu Kamash merupakan kawasan bagi salah satu daripada beberapa kompleks petrokimia terbesar di negara Afrika Utara yang kaya dengan minyak, di barat Tripoli dan berhampira­n sempadan Tunisia.

Kapal yang didaftarka­n di Togo, Lamar, dikesan di perairan wilayah Libya “tanpa kebenaran...dan di sebuah kawasan yang mencurigak­an di mana operasi penyeludup­an minyak telah dilakukan,” kata Kacem.

“Banyak kapal yang dirampas pada masa lepas di kawasan yang sama ketika memunggah minyak secara haram,” jelas beliau.

Kapal tangki tersebut dan lapan anak kapal, kesemuanya rakyat Greek, sudah dibawa ke pangkalan tentera laut di Tripoli dan sedang menunggu untuk disoal siasat, tambahnya.

Kapal tangki itu membawa kira-kira 950,000 liter minyak ketika ia “dipintas...kemudian diarahkan ke pangkalan tentera laut Tripoli”, Kolonel Abouajila Abdel Barri, seorang pegawai pengawal pantai, memberitah­u AFP.

Dibelenggu kekacauan sejak kejatuhan dan pembunuhan diktator Muammar Ghaddafi dalam kebangkita­n pada 2011 yang disokong NATO, Libya menjadi syurga kepada penyeludup semua jenis barangan daripada minyak hingga manusia.

Kekayaan minyak di negara ini, yang terbesar di Afrika, menjadi tumpuan perbalahan teruk ketika militia-militia yang bermusuhan dan kerajaan berebut kuasa.

 ?? — Gambar Reuters ?? DIRAMPAS: Gambar menunjukka­n kapal tangki yang dirampas tentera laut Libya kerana disyaki menyeludup minyak di perairan Tripoli kelmarin.
— Gambar Reuters DIRAMPAS: Gambar menunjukka­n kapal tangki yang dirampas tentera laut Libya kerana disyaki menyeludup minyak di perairan Tripoli kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia