Utusan Borneo (Sarawak)

Kematian pendatang cetus protes ganas di Madrid

-

MADRID: Sekumpulan pendatang bertempur dengan pasukan keselamata­n di tengah Madrid kelmarin selepas kematian seorang lelaki Senegal yang menurut mereka telah dikejar melalui jalan tersebut oleh polis.

Polis pencegah rusuhan dan anggota bomba dikerahkan ke Lavapies, sebuah daerah di tengah bandar utama Sepanyol dengan satu populasi besar pendatang, ketika penunjuk perasaan yang berang membakar tong sampah dan sebuah motosikal, serta melontar batu ke arah pasukan keselamata­n.

Penunjuk perasaan memberitah­u AFP mereka melakukan bantahan sebagai sokongan buat Mmame Mbage, seorang peniaga jalanan dalam usia 30-an dari Senegal, yang tiba di Sepanyol dengan bot 12 tahun lepas.

Perkhidmat­an kecemasan berkata Mbage ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas jalan raya di Lavapies oleh polis yang sedang meronda.

“Mereka sedang sibuk untuk cuba membantuny­a” ketika kakitangan kecemasan tiba, menurut seorang jurucakap. Bagaimanap­un dia meninggal dunia akibat serangan jantung.

Beliau tidak mengetahui apa yang berlaku kepada Mbage sebelum dia pengsan, namun beberapa peniaga jalanan lain berkata dia telah dikejar oleh anggota polis dari Puerta del Sol. “Pihak polis perbandara­n telah tiba dan mengejar dia dari Sol ke Lavapies dengan sebuah motosikal,” menurut Modou, seorang peniaga berusia 25 tahun dari Senegal yang enggan memberi nama penuhnya.

“Akhirnya dia meninggal dunia di sini,” Modou memberitah­u AFP, dengan yang lain mengesahka­n kenyataan tersebut.

Mbage telah bekerja sebagai peniaga haram dan menghantar sebahagian wang kepada keluargany­a, salah seorang daripada ribuan pendatang yang sampai ke Sepanyol sejak beberapa tahun ini dalam pencarian kehidupan yang lebih baik.

Sepanyol merupakan pintu masuk ketiga paling sibuk bagi pendatang yang datang ke Eropah, dengan hampir 23,000 kemasukan dicatatkan pada 2017. Beratus- ratus orang meninggal dunia sepanjang perjalanan tersebut.

 ?? — Gambar Reuters ?? HURU-HARA: Anggota polis pencegah rusuhan bertempur dengan penunjuk perasaan selepas kematian seorang pendatang Senegal di Madrid kelmarin.
— Gambar Reuters HURU-HARA: Anggota polis pencegah rusuhan bertempur dengan penunjuk perasaan selepas kematian seorang pendatang Senegal di Madrid kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia