Utusan Borneo (Sarawak)

Mah Sing lancar program nilai majikan baharu

-

KUALA LUMPUR: Syarikat gergasi hartanah, Mah Sing Group Bhd, melancarka­n program nilai majikan baharu, ‘ UPLIVE’, sebagai sebahagian daripada transforma­sinya.

Katanya enam nilai yang terkandung dalam UPLIVE adalah nyata, kerjasama, kreatif, pantas, berani dan menyeronok­kan.

Pengarah Urusan Kumpulan Tan Sri Leong Hoy Kum, berkata UPLIVE merupakan sebahagian daripada transforma­si kumpulan, yang bermula pada 2017.

“UPLIVE merupakan nilai yang akan diguna pakai oleh semua kakitangan kami, dan ini yang kami cari dalam tenaga kerja,” katanya pada majlis pelancaran UPLIVE di sini kelmarin.

Setakat ini, Leong berkatad, Mah Sing mempunyai lebih 900 pekerja di seluruh negara, dengan kira-kira 70 peratus di bawah umur 40 tahun.

Selain majlis pelancaran tersebut, Mah Sing turut memperkena­lkan ibu pejabatnya yang baharu diubah suai, logo korporat baharu dan slogan, ‘ Reinvent Spaces. Enhance Life’.

“Kami mengubah suai ibu pejabat kami, kini dikenali sebagai MS@ Work, dan melabur dalam pelbagai aspek, seperti pejabat ruang terbuka, teknologi yang lebih baik dan ruang hiburan.

“Langkah ini bertujuan untuk meningkatk­an produktivi­ti dan prestasi, selain memenuhi keperluan pekerja kami,” kata Leong.

Kemudahan kakitangan di MS@Work termasukla­h gimnasium dan bilik hiburan untuk sesi karaoke. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN: Leong (tengah) bersama Pengarah Kumpulan Strategi dan Operasi Mah Sing Lionel Leong Jihn Haur ketika melakukan lawatan di sekitar pejabat Mah Sing selepas pelancaran ‘UPLIVE’ di Wisma Mah Sing kelmarin.
— Gambar Bernama LAWATAN: Leong (tengah) bersama Pengarah Kumpulan Strategi dan Operasi Mah Sing Lionel Leong Jihn Haur ketika melakukan lawatan di sekitar pejabat Mah Sing selepas pelancaran ‘UPLIVE’ di Wisma Mah Sing kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia