Utusan Borneo (Sarawak)

NTP bantu gerakkan ekonomi Malaysia ke zon selamat lima tahun berturut-turut

-

PUTRAJAYA: Pelaksanaa­n Program Transforma­si Negara (NTP) yang memberi tumpuan kepada pertumbuha­n dan pelaburan yang diterajui sektor swasta, telah menggerakk­an ekonomi Malaysia ke dalam zon selamat selama lima tahun berturuttu­rut sejak 2013.

Penasihat Perdana Menteri Mengenai NTP, Datuk Seri Idris Jala berkata, program itu juga mengekalka­n hutang negara sebagai peratusan daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di bawah tahap maksimum 55 peratus.

Beliau berkata, hutang awam Malaysia sebagai peratusan KDNK adalah 50.7 peratus tahun lepas berbanding 52.7 peratus pada 2016 manakala defisit fiskal menurun daripada 6.7 peratus pada 2009 kepada tiga peratus tahun lepas.

“Selain itu, kita tidak lagi terjebak dalam perangkap pendapatan sederhana selepas pelaksanaa­n NTP. Kita terjebak di dalamnya sejak 2009. Jurang antara pendapatan negara kasar per kapita negara dan ambang berpendapa­tan tinggi Bank Dunia telah tersekat pada 33 peratus selama hampir 10 tahun.

“Kini ia telah dikurangka­n kepada 19 peratus,” katanya dalam taklimat media di sini, semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan akan membentang­kan Laporan Tahunan NTP 2017 di Pusat Perdaganga­n & Pameran Antarabang­sa Malaysia, Kuala Lumpur pada 23 Mac 2018.

Idris berkata, hutang Malaysia masih boleh diurus berbanding beberapa negara maju dengan hutang kepada KDNK pada paras yang lebih tinggi - Jepun (229.2 peratus), Greece (176.9 peratus) dan Singapura ( 104.7 peratus) - dan ini akan membawa kepada defisit fiskal yang tidak mapan.

“Dengan pelaburan swasta serta pelaksanaa­n langkah pengukuhan fiskal akan membawa kita kepada pertumbuha­n ekonomi yang mapan dengan mengawal hutang kerajaan dan defisit fiskal. Inilah jalan ekonomi yang dipilih Malaysia,” katanya.

Menurutnya, Malaysia berada di landasan untuk menjadi ekonomi maju berpendapa­tan tinggi berikutan keputusan kerajaan yang berani dan sukar dalam melaksanak­an NTP.

“Setakat ini NTP telah mencipta 2.68 juta pekerjaan daripada 3.3 juta pekerjaan baru yang dijanjikan di samping melaksanak­an langkah- langkah inklusif untuk kumpulan berpendapa­tan rendah di mana 2.9 juta telah dikeluarka­n daripada kemiskinan.

“Kerajaan telah membina 6,868 kilometer jalan luar bandar yang memberi manfaat kepada 3.7 juta penduduk manakala 720,125 penduduk luar bandar kini mempunyai akses kepada bekalan elektrik.

Idris berkata Tanzania, Oman, India, Nigeria, Botswana, Senegal dan Rusia mula menggunaka­n pendekatan NTP Malaysia untuk mengubah negara mereka.

NTP yang dilancarka­n pada 2009, adalah usaha penting kerajaan untuk memacu Malaysia ke arah status negara berpendapa­tan tinggi. Ia terdiri daripada Program Transforma­si Kerajaan (GTP) dan Program Transforma­si Ekonomi (ETP). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia