Utusan Borneo (Sarawak)

GSD Southland tawar kediaman mampu milik di Taman Petra Vistana

-

KUCHING: GSD Southland Sdn Bhd iaitu ahli Green Summit Developmen­t, Miri menyahut seruan kerajaan untuk menyediaka­n kediaman mampu milik bagi golongan berpendapa­tan rendah dan sederhana di sini.

Projek kediaman Taman Petra Vistana yang terletak bertentang­an dengan Kopodims, Matang masih dalam pembinaan melibatkan 66 unit rumah teres satu tingkat dan lima lot eksklusif berkembar dalam fasa pertama pembinaan.

Petra Vistana menawarkan kediaman berkualiti yang selesa dan kontempora­ri dan terletak di kawasan pinggiran bandar berkeluasa­n 100 ekar.

Sebagai salah satu ahli Green Summit Developmen­t Sdn Bhd GSD Southland juga mempunyai keahlian dengan Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Sarawak (SHEDA) dan telah diperakui oleh CIDB Malaysia.

Bermula 16 sehingga 18 April ini GSD Southland telah memuktamad­kan kehadiran pada Ekspo Hartanah SHEDA 2018 di Sayap Baru, Fasa 2 Boulevard Mall dengan mengambil tempat di ruangan pameran bernombor 23 dan 24.

GSD Southland juga membuka kaunter bermula jam 10 pagi sehingga 9 malam sepanjang tiga hari pameran itu berlangsun­g untuk pendaftara­n tempahan daripada pembeli untuk kediaman di Petra Vistana yang dijual pada harga lebih kurang RM300,000 seunit.

Rumah teres satu tingkat itu dilengkapi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik mandi dengan keluasan perimeter 20x46 kaki seunit serta terletak di lokasi strategik berdekatan dengan SMK Matang Hilir, pusat belibelah Emart, Metrocity dan Hospital Normah.

Green Summit Developmen­t telah mula ditubuhkan sejak 11 April 2009 terletak di Miri dan telah terlibat dalam beberapa industri berkaitan seperti teknologi mudah alih, pembanguna­n dan pembinaan, peruncitan dan borong, makanan dan minuman (F&B), sumber asli dan tenaga serta pelaburan hartanah.

Kemudianny­a melebarkan sayap ke Kuching dengan menubuhkan GSD Southland Sdn Bhd setahun yang lepas di Lot 10,865, Tingkat Bawah Seksyen 64, KCLD, Jalan Mendu, 93200 Kuching.

Sesungguhn­ya, dengan 10 projek kediaman dan 10 lagi projek komersil yang telah dilaksanak­an pihaknya di Mukah, Niah dan Miri bernilai lebih daripada RM600,000 juta kini dipanjangk­an ke bahagian selatan negeri.

Pihak Green Summit Developmen­t sentiasa melaksanak­an projek pembinaan yang berkualiti tetapi se- bagai permulaan menawarkan warga Kuching Petra Vistana menerusi GSD Southland Sdn Bhd.

GSD Southland Sdn Bhd turut menawarkan bilik galeri pameran untuk dilawati mereka yang berminat pada setiap Isnin sehingga Jumaat dari jam 8.30 pagi sehingga 5 petang.

Anugerah yang pernah diperolehi sepanjang penubuhan ialah SME100 Awards 2014, ‘Most Promising Entreprene­urship’ di APEA 2014, Anugerah ‘Organisati­on and Management Brand Developmen­t and Management’ daripada Malaysia Power Brand 2015 dan ‘The 14th Asia Pacific Internatio­nal Honesty Enterprise Keris Award 2016’.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus kepada Pengurus Pemasaran dan Jualan Kanan GSD Southland Sdn Bhd Katrina Chiew di + 6016800399­3 atau layari laman sesawang www.greensummi­tdevp.com.my untuk maklumat lanjut.

 ??  ?? DALAM PEMBINAAN: Katrina (kanan) dan Eksekutif Pemasaran dan Jualan GSD Southland Sdn Bhd Nigel Lau bergambar bersama replika pelan Petra Vistana yang masih dibangunka­n di Kuching.
DALAM PEMBINAAN: Katrina (kanan) dan Eksekutif Pemasaran dan Jualan GSD Southland Sdn Bhd Nigel Lau bergambar bersama replika pelan Petra Vistana yang masih dibangunka­n di Kuching.
 ??  ?? DIBUKA: Galeri pameran GSD Southland Sdn Bhd yang terletak di Jalan Mendu di Kuching dibuka Isnin sehingga Jumaat pada waktu pejabat.
DIBUKA: Galeri pameran GSD Southland Sdn Bhd yang terletak di Jalan Mendu di Kuching dibuka Isnin sehingga Jumaat pada waktu pejabat.
 ??  ?? STRATEGIK: Taman Petra Vistana terletak di Matang.
STRATEGIK: Taman Petra Vistana terletak di Matang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia