Jerayawara Atlas Copco dapat sambutan
BINTULU: KTS Trading Sdn Bhd menganjur jerayawara Atlas Copco yang mendapat sambutan menggalakkan daripada para pelanggan untuk melihat produk-produk yang dipamerkan di Kidurong Harbour Commercial berdekatan Hotel EHOME di Jalan Tanjung Kidurong di sini semalam.
Siri jerayawara itu diadakan di enam lokasi di Malaysia Timur dan ia merupakan jerayawara yang pertama kalinya diadakan dengan mengguna dan menempatkan trak di Malaysia Timur.
Di Bintulu ia diadakan dari jam 9 pagi hingga 3 petang menyaksikan kehadiran sekitar 100 pelanggan yang dijemput untuk melihat lebih dekat peralatan terkini yang dipamerkan.
Jerayawara itu mengetengahkan teknologi terkini penjimatan tenaga VSD (Variable Speed Drive) untuk pemampat skru berputar, jana kuasa nitrogen, pengering udara, proprietari penapis udara dimampatkan dan paip aluminium AIRnet.
KTS merupakan pengedar tunggal Atlas Copco selama 35 tahun di Malaysia Timur dan berbangga untuk membawa Atlas Copco dalam jelajah jerayawara ini bagi memperlihatkan perintis inovasi kepada para pelanggannya.
Program itu memulakan jerayawaranya di Kuching diikuti siri jerayawara ke lima bandar utama lainnya di Malaysia Timur yang melibatkan Sibu, Bintulu, Miri di Sarawak serta Kota Kinabalu dan Sandakan (Sabah).
Jerayawara itu juga untuk meningkatkan kesedaran jenama, melibat penyertaan para pelanggan, prospek secara peribadi dan interaktif selain menunjukkan kecanggihan teknologi terkini inovasi. Mereka yang hadir turut menerima cenderamata pada program itu turut disajikan dengan makanan.
Mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Atlas Copco hubungi Anderson Tiong di talian 014-9999649. Hadir pada program jerayawara tersebut Pengurus Jualan Pengedar Perkhidmatan Teknik Pemampat Atlas Copco (Malaysia) Sdn Bhd, Neo Kim Yaw dan Pengurus Jualan Jabatan Produk Perindustrian KTS Trading Sdn Bhd Sibu, Michael Ting Sie Mee.
Pada masa sama turut dipamerkan ialah produkproduk jualan KTS Trading yang membabitkan penyaman udara jenama GREE, panel solar dan sebagainya.