Trump benar penggantungan tarif kontroversi
Terhadap pengimportan keluli dan aluminium daripada rakan dagangan utama termasuk EU
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kelmarin membenarkan penggantungan tarif kontroversi terhadap pengimportan keluli dan aluminium daripada rakan dagangan utama termasuk Kesatuan Eropah (EU).
“Tarif terhadap pengimportan keluli dan aluminium dari negara-negara tersebut telah digantung sehingga 1 Mei, 2018,” menurut Rumah Putih dalam satu kenyataan, menyenaraikan negara-negara anggota EU, Argentina, Australia, Brazil, Kanada, Mexico dan Korea Selatan.
“Setiap satu daripada negara ini mempunyai hubungan keselamatan penting dengan AS,” menurut satu proklamasi daripada Trump mengumumkan keputusan keluli.
AS sedang dalam perbincangan dengan beberapa negara “bagi cara alternatif yang memuaskan hati untuk memaklumkan masalah yang mengancam terhadap keselamatan negara dengan mengimport bahan keluli,” dan tarif terhadap pengimportan keluli daripada rakan dagangan akan dikecualikan buat masa sekarang, menurutnya.
Wakil Dagangan AS Robert Lighthizer memberitahu sebuah jawatankuasa Senat pada awal hari tersebut bahawa penggantungan tarif telah dibenarkan oleh Trump.
“Idea yang presiden ada adalah, berdasarkan pada satu set tertentu bagi kriteria, bahawa beberapa negara harus keluar,” Lighthizer menyatakan dalam keterangan di depan Jawatankuasa Kewangan Senat.
Trump telah menandatangani tarif – 25 peratus terhadap keluli import dan 10 peratus terhadap aluminium import – pada awal bulan ini, menerima kecaman daripada negara- negara sekutu dan menimbulkan kebimbangan akan mencetuskan peperangan dagangan.
Banyak negara, termasuk EU, memberi amaran ke- pada Rumah Putih bahawa mereka akan membalas secara kasar sekiranya mereka berdepan dengan tarif terhadap produk besi.
Pentadbiran Trump telah menegaskan bahawa sasaran awal adalah China, yang sudah lama mempunyai pengeluaran lebihan yang besar yang menjejaskan pasaran global untuk keluli dan aluminium.