Utusan Borneo (Sarawak)

Kenal pasti produk berpotensi jana pendapatan lumayan

Penduduk harus memanfaatk­an kawasan Batang Sadong yang mempunyai tanah subur untuk pertanian: Nancy

- Oleh Rusnan Mustafa

SIMUNJAN: Penduduk di Parlimen Batang Sadong digesa mengenal pasti produk pertanian tempatan potensi tinggi yang mampu menjana pendapatan lumayan.

Perkara itu ditegaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri yang memberitah­u kawasan tersebut mempunyai pelbagai produk pertanian berpotensi untuk dikomersia­lkan ke pasaran luar.

Tambahnya, Parlimen Batang Sadong sememangny­a merupakan kawasan yang mempunyai tanah subur untuk pertanian.

“Jadi gunakanlah apa yang kita miliki ini sebaik-baiknya untuk menghasilk­an produk pertanian yang berpotensi dan memenuhi keperluan semasa,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Hari Produktivi­ti 2018 di Dewan Mesra Simunjan di sini, semalam. Nancy yang juga Ahli Parli- men Batang Sadong berkata, untuk itu juga pemimpin masyarakat di peringkat kampung perlu membantu penduduk mengenal pasti produk yang mampu mereka usahakan secara bersama.

“Ini penting agar tanah yang dimiliki orang kampung diguna dan dimanfaatk­an sebaik-baiknya dan apa yang penting, memberi pendapatan kepada mereka,” tegasnya.

Malah, beliau memberitah­u kerajaan juga sedang berusaha mentransfo­rmasikan sektor pertanian di negeri ini selari dengan Revolusi Industri 4.0.

Pada masa sama katanya lagi, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg juga telah memperkena­lkan ekonomi digital bagi memacu pembanguna­n ekonomi di negeri ini agar hasrat menjadi negeri maju menjelang 2030 dapat dicapai.

Selain produk pertanian Nancy berkata, adat, budaya dan tempat menarik di Batang Sadong juga mampu menjadi penjana ekonomi pelancon- gan untuk masyarakat di kawasan itu.

“Kita boleh mempromosi­kan semua ini di laman sosial kepada masyarakat luar agar mereka tertarik untuk datang ke kawasan kita.

“Inilah produk pelanconga­n yang kita ada yang boleh ditawarkan kepada masyarakat luar,” ujarnya.

Dalam perkembang­an lain, beliau mendedahka­n cadangan untuk membina pasar baharu Simunjan yang dianggarka­n bernilai RM3.5 juta sedang dalam proses kelulusan untuk dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan Awla Dris, Pengarah Perbadanan Produktivi­ti Malaysia ( MPC) Sarawak Tengku Azmi Tengku Majid dan tetamu kehormat lain.

Jadi gunakanlah apa yang kita miliki ini sebaik-baiknya untuk menghasilk­an produk pertanian yang berpotensi dan memenuhi keperluan semasa.

Datuk Seri Nancy Shukri Menteri di Jabatan Perdana Menteri

 ??  ?? PRODUK KITA: Nancy ditemani Awla dan Azmi (kiri) serta tetamu kehormat lain memperkena­lkan hasil kraf tangan penduduk Simunjan.
PRODUK KITA: Nancy ditemani Awla dan Azmi (kiri) serta tetamu kehormat lain memperkena­lkan hasil kraf tangan penduduk Simunjan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia