Utusan Borneo (Sarawak)

Dua beradik dipercayai diabai, ibu direman hingga 29 Mac

-

SIBU: Dua beradik berumur empat dan dua tahun terpaksa dibawa oleh pihak Jabatan Kebajikan Masayaraka­t ( JKM) selepas dipercayai sering ditinggalk­an oleh ibu mereka tanpa pengawasan orang dewasa di Jalan Mantis Timur di sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, dua kanakkanak tersebut telah dihantar ke Hospital Sibu untuk mendapatka­n rawatan.

“Pemeriksaa­n awal doktor mendapati kanak- kanak tersebut mempunyai kesan lebam dan benjolan pada badan mereka yang menjurus kepada ibu kandung mereka ditahan untuk membantu siasatan polis,” kata Stanley.

Katanya, pemeriksaa­n doktor mendapati ada lebam pada bahagian paha dan belakang badan kanak- kanak berumur empat tahun, manakala adiknya mempunyai benjolan di bahagian belakang kepala.

Bagaimanap­un katanya, masih tidak dapat dikenal pasti sama ada berlaku penderaan atau tidak se- hingga doktor melakukan pemeriksaa­n keseluruha­n fizikal terhadap kedua- dua mangsa.

Terdahulu katanya, ketika pihak JKM pergi ke rumah pada jam 2 petang kelmarin, mereka mendapati dua kanak-kanak itu berada dalam keadaan tidak berpakaian dan hanya memakai lampin pakai buang.

Stanley berkata, ketika itu, ibu kandung mereka yang bekerja sebagai juruwang kafe, 25, sedang bersiap untuk keluar bekerja.

“Keadaan di rumah juga didapati berselerak dan sangat kotor, malah pakaian kanak- kanak tersebut juga sukar dicari,” jelasnya.

Menurutnya lagi, wanita terbabit ditahan kerana disyaki melakukan pengabaian terhadap kanakkanak.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 31( 1) Akta KanakKanak 2001,” tambahnya.

Kedua- dua mangsa kini berada di wad Hospital Sibu dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Suspek telah direman empat hari hingga 29 Mac ini untuk siasatan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia