Utusan Borneo (Sarawak)

Dituduh menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain, isteri dipukul suami

-

SIBU: Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai memukul isterinya yang dituduh mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, suspek ditahan di lokasi kejadian susulan satu laporan polis yang diterima pihaknya pada jam 12.59 tengah hari semalam.

Dalam kejadian di sebuah rumah panjang di Nanga Salim pada jam 11.30 pagi semalam, suspek menuduh isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain dipercayai selepas memeriksa telefon bimbit isterinya.

“Si isteri menafikan tuduhan itu, menyebabka­n suaminya marah dan bertindak menampar muka dan belakang kepala isterinya,” ujarnya.

Selain itu katanya, suspek juga dikatakan menarik rambut dan menyebabka­n lebam-lebam di paha kanan mangsa.

Bagaimanap­un, pengadu melarikan diri dan dikejar oleh suspek hingga ke halaman rumah.

Difahamkan mangsa, 30, dan suspek, 37, telah berkahwin sejak enam tahun lalu serta mempunyai dua anak berusia lima dan dua tahun.

“Siasatan awal pihak polis mendapati punca kejadian disebabkan suspek cemburu dan menuduh pengadu mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain,” kata Stanley.

Pengadu juga telah mendapatka­n rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Sibu dan mengalami lebam di paha kanan.

Beliau menambah kes disiasat di bawah Seksyen 323/18 Akta Keganasan Rumah Tangga (Suami Pukul Isteri) dan suspek akan direman untuk siasatan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia