Utusan Borneo (Sarawak)

Buktikan kekuatan untuk ditunjuk kepada kerajaan pusat

Abang Johari letak sasaran menang di 28 kerusi Parlimen pada PRU14, permudah proses perundinga­n dengan Putrajaya

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Barisan Nasional (BN) negeri perlu membuktika­n kekuatanny­a pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) untuk ditunjukka­n kepada kerajaan pusat.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, beliau menyasarka­n kemenangan di 28 kerusi Parlimen pada PRU14 kelak.

“Kita akan kekalkan kemenangan 25 kerusi dan tiga kerusi lagi akan kita rampas kembali,” katanya pada majlis perasmian Pesta Balingian @ Sesok 2018 bertempat di Kampung Sesok di sini, petang semalam.

Abang Johari berkata, adalah amat mustahak bagi BN Sarawak untuk memenangi 28 kerusi parlimen pada PRU14 untuk memudahkan proses perundinga­n dengan kerajaan persekutua­n.

“Kalau kita menang 28 kerusi, senang untuk kita minta apa sahaja daripada Pu- trajaya nanti,” jelasnya lagi.

Beliau turut memberitah­u bahawa perpaduan dalam parti amat penting untuk dikekalkan.

Beliau memberi contoh, dua parti berasaskan kaum Cina yang sebelum ini berbalah sesama sendiri iaitu Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) telah diselesaik­an.

“Sudah selesai (perbalahan), saya lihat sendiri dua pihak ( UPP dan SUPP) tandatanga­n (MoU),” ujar beliau.

Mengenai pembanguna­n Mukah, Abang Johari berkata beliau telah melihat banyak perubahan serta pembanguna­n dilaksanak­an di bawah beberapa pemimpin sebelum ini sejak tahun 80-an.

Oleh itu, beliau turut berharap supaya rakyat terus menerima perubahan serta mengadapta­si terutamany­a dalam aspek teknologi dalam kehidupan seharian.

Ini kerana tidak dapat tidak, mereka perlu menerima perubahan seiring peredaran zaman dan paling penting menyahut seruan kerajaan negeri ke arah ekonomi digital.

Turut berucap pada majlis tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi dan Ahli Parlimen Mukah Tan Sri Muhammad Leo Toyad.

Hadir sama Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­nKanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol, Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, ADUN Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya dan ADUN Tellian Yussibnosh Balo.

Kalau kita menang 28 kerusi, senang untuk kita minta apa sahaja daripada Putrajaya nanti.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ??  ?? TERIMA KASIH: Abang Johari (tengah) menyerahka­n replika cek bernilai RM200,000 untuk penganjura­n Regata Mukah kepada Abdul Yakub pada majlis tersebut.
TERIMA KASIH: Abang Johari (tengah) menyerahka­n replika cek bernilai RM200,000 untuk penganjura­n Regata Mukah kepada Abdul Yakub pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia