Utusan Borneo (Sarawak)

Kemenangan besar BN Sarawak pastikan suara rakyat lebih kuat

-

SIBU: Bagi memastikan kesinambun­gan tuntutan hak-hak Sarawak yang telah terhakis di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), rakyat negeri ini harus memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sayap Bumiputera Dr Annuar Rapa’ee berkata, untuk memastikan suara rakyat negeri ini lebih kuat khususnya dalam usaha menuntuk kembali hak Sarawak di bawah MA63, rakyat perlu bersatu padu dengan memberi sokongan kuat kepada kerajaan sedia ada.

“Untuk memastikan kita mempunyai suara yang kuat di Parlimen dan untuk mengembali­kan hak kita di bawah MA63, kita harus pastikan kerajaan BN dan parti di negeri ini memenangi pilihan raya (PRU14) dengan penuh bergaya dengan majorti yang besar,” katanya.

Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi itu berkata demikian semasa berucap pada Majlis Penutupan Program Sijil Tadbir Urus Desa Infra-UniKL Zon Sarawak Fasa-3 mewakili Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Setiausaha Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Borhan Dollah mewakili Timbalan Menteri KKLW Datuk Alexander Nanta Linggi, Pengarah Institut Kemajuan Desa (INFRA) Dato Rubiyah Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus Wilson Nyabong Ijang, ADUN Dudong Datuk Tiong Thai King dan ADUN Bukit Goram Jefferson Jamit Unyat.

Majlis tersebut dihadiri 456 peserta daripada jawatankua­sa kemajuan dan keselamata­n kampung (JKKK) dan ketua-ketua masyarakat dari Daerah Kapit, Song dan Bukit Mabong yang mengikuti program tersebut bermula 22 hingga 24 Mac.

Dr Annuar yakin BN Sarawak mampu mempertaha­nkan 25 kerusi sedia ada dan merampas kembali empat kerusi Parliman daripada pembangkan­g.

Kerusi Parlimen yang dimaksudka­n alah Stampin, Sibu, Miri dan Sarikei.

Justeru, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu memohon ketua-ketua masyarakat yang hadir pada majlis itu supaya memastikan masyarakat di kawasan setempat mereka turun mengundi dan memberi sokongan kuat kepada BN.

“Pastikan pada hari tersebut mereka turun ke tempat mengundi dan pastikan kemenangan kepada kerajaan yang ada sekarang ini.

“Kerajaan yang ada pada hari ini telah membuktika­n keikhlasan dan membuktika­n keupayaann­ya, haruslah dikekalkan,” ujar beliau.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? MENGHIBURK­AN: Abang Johari (tengah) menyanyika­n lagu ‘Kasih Sayang’ bersama Karim (dua kiri) dan Abdul Manaf Seron (kiri) pada konsert malam kelmarin.
— Gambar Chimon Upon MENGHIBURK­AN: Abang Johari (tengah) menyanyika­n lagu ‘Kasih Sayang’ bersama Karim (dua kiri) dan Abdul Manaf Seron (kiri) pada konsert malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia