Utusan Borneo (Sarawak)

KRT berperanan penting pupuk semangat kejiranan, kata Fadillah

-

KUCHING: Kawasan Rukun Tetangga ( KRT) memainkan peranan penting untuk memupuk semangat kejiranan di sesuatu kawasan perumahan.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata semangat kejiranan perlu dipupuk kerana pendudukny­a mempunyai pelbagai latar belakang.

“Menerusi KRT, penduduk dari pelbagai latar belakang akan dapat berkenalan dan mengenali antara satu sama lain.

“Ini penting bagi memastikan persekitar­an kejiranan yang harmoni serta selamat untuk didiami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Sukaneka KRT Rasmaja, Taman Matang Jaya 3 di sini, semalam.

Pada program itu, Fadillah yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya turut menyatakan komitmenny­a untuk menyokong penuh program anjuran KRT tersebut ke arah pembanguna­n penduduk.

Selain program berbentuk sukaneka, Fadillah turut menggalakk­an KRT supaya menganjurk­an program lain seperti motivasi yang melibatkan ibu bapa serta anak-anak.

Program motivasi pendidikan katanya, amat penting untuk mempersiap­kan anak-anak masa kini berhadapan dengan cabaran pada masa akan datang lebih-lebih lagi dalam dunia serba canggih yang beralih daripada alam nyata kepada alam maya.

Sementara itu, program sukaneka semalam merupakan yang pertama diadakan oleh KRT Rasmaja, Taman Matang Jaya 3 sejak ditubuhkan pada April tahun lepas.

Meskipun terpaksa berlangsun­g dalam cuaca hujan, program sukaneka itu tetap meriah dengan kehadiran ramai penduduk dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang.

Antara aktiviti sukaneka yang diadakan semalam, pertanding­an lari ikat kaki berpasanga­n, lumba basikal perlahan, isi air dalam botol menggunaka­n span, kerusi muzikal, boling kelapa dan bawa bola pingpong menggunaka­n penyepit.

 ??  ?? SEMAI KERJASAMA: Fadillah (berdiri, lapan kanan) merakamkan kenangan bersama penduduk KRT Rasmaja, Taman Matang Jaya 3 selepas program sukaneka semalam.
SEMAI KERJASAMA: Fadillah (berdiri, lapan kanan) merakamkan kenangan bersama penduduk KRT Rasmaja, Taman Matang Jaya 3 selepas program sukaneka semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia