Utusan Borneo (Sarawak)

Idris berasa rendah diri dilantik sebagai Ketua Penerangan PBB

-

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri Muara Tuang Dato Idris Buang yang baharu dilantik sebagai Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menyambut pelantikan­nya dengan penuh perasaan rendah diri.

Menurutnya, beliau amat tersentuh apabila dilantik Presiden PBB Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menggalas tanggungja­wab berat dalam parti tetapi beriltizam akan menunaikan­nya dengan sebaik mungkin.

“Saya berasa rendah diri terhadap keyakinan diberikan dalam menggalas tanggungja­wab ini.

“Saya juga berazam akan memberikan yang terbaik dalam menunaikan tanggungja­wab ke arah meletakkan PBB sebagai parti yang lebih kukuh dalam memberikan perkhidmat­an kepada rakyat Sarawak,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau turut mengakui tugas tersebut amat mencabar dan berharap mendapat kerjasama dan sokongan penuh dari- pada pelbagai peringkat kepimpinan dalam parti.

“Terima kasih kepada Presiden PBB dan semua pihak atas kepercayaa­n diberikan,” ujarnya yang menggantik­an penjawat terdahulu, Dato Usop Sani.

Pelantikan itu diumumkan Abang Johari menerusi mesyuarat parti kelmarin.

Manakala, Timbalan Ketua PBB Satok Ibrahim Baki dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Agung PBB.

PBB pada Februari lepas mengadakan perhimpuna­n agung yang antara lain turut memilih barisan kepimpinan baharu parti bagi penggal 2017-2020.

Jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden Kanan Sayap Bumiputera tidak dipertandi­ngkan yang masing-masing disandang Abang Johari, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta Datuk Seri Fadillah Yusof.

Turut tidak dipertandi­ngkan ialah jawatan Ketua Pemuda dan Ketua Wanita yang disandang Gerald Rentap Jabu dan Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Empat Naib Presiden sayap Bumiputera yang dipilih ialah Datuk Julaihi Narawi, Dr Annuar Rapa’ee, Dr Abdul Rahman Junaidi dan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Bagi sayap Pesaka, jawatan itu tidak dipertandi­ngkan.

 ??  ??
 ??  ?? IDRIS
IDRIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia