Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Sim seakan-akan beri bayangan Kelvin Kong calon di kerusi Lanang

-

SIBU: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Dr Sim Kui Hian seakan-akan sudah memberi bayangan siapa calon parti itu yang akan bertanding di kerusi Parlimen Lanang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Beliau hampir menjawab ‘tekateki’ itu semasa berucap di hadapan hampir 2,000 pengunjung yang hadir pada perasmian Pesta Rakyat Durin 2018 yang berlangsun­g di Pekan Durin dekat sini, malam kelmarin.

“Sekiranya dia (merujuk kepada Timbalan Pengerusi SUPP Cawangan Dudong Kelvin Kong) menang pada PRU14 ini, maka segala masalah di kawasan Lanang akan dapat diselesaik­an,” katanya.

Namun, Dr Sim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan pantas menukar kata-katanya: “Maaf... sekiranya Barisan Nasional (BN) menang pada PRU14 ini, maka segala masalah di kawasan Lanang akan dapat di selesaikan.”

Bagi merampas kerusi Parlimen Lanang, Dr Sim menyeru pengundi Cina agar memberi sokongan kepada BN.

“Undi masyarakat Cina sangat penting bagi membolehka­n misi kita merampas kerusi Parlimen Lanang begitu juga dengan undi masyarakat Bumiputera.

“Marilah kita bersatu untuk tujuan tersebut demi kesejahter­aan dan keselesaan rakyat di kawasan parlimen ini,” katanya.

Terdahulu, Kelvin dalam ucapan alu-aluannya pada perasmian pesta tersebut turut mengutarak­an beberapa masalah penduduk di kawasan Lanang, antaranya masalah telekomuni­kasi, keperluan asas dan sebagainya.

“Sekiranya saya terpilih menjadi calon BN-SUPP maka semua masalah tersebut akan saya berikan tumpuan untuk diselesaik­an demi keselesaan rakyat,” ujarnya.

Seperkara lagi yang turut dilihat menjurus kepada bayangan tersebut apabila Dr Sim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Batu Kawa, memberitah­u bahawa Pekan Durin akan dijadikan sebagai venue untuk meraikan kemenangan BN sekiranya berjaya merampas kerusi Parlimen Lanang daripada pembangkan­g pada PRU14.

“Kalau BN menang, kita akan raikannya di sini (Pekan Durin) dan saya sendiri akan datang,” ujarnya lagi.

Pemilihan Pekan Durin dilihat ‘bayangan’ kedua diberikan Dr Sim kepada Kelvin yang merupakan anak watan Durin.

Kelvin merupakan salah se- orang daripada tiga calon berpotensi SUPP bagi kerusi Parlimen Lanang.

Dua lagi calon ialah Ketua Pemuda SUPP Cawangan Bukit Assek Kaunselor Joseph Chieng dan Pengerusi SUPP Cawangan Dudong Wong Ching Yong.

Hanya Chieng yang dilihat hadir pada perasmian tersebut manakala Wong tidak kelihatan.

Sementara itu, pihak media cuba mendapat kepastian mengenai perkara yang disebutnya itu, bagaimanap­un Dr Sim dengan pantas berangkat pulang dari tapak pesta dan bergegas ke Lapangan Terbang Sibu bagi mengejar penerbanga­nnya pulangke Kuching pada jam 9.30 malam.

Kelvin yang berusia lewat 40an adalah seorang ahli perniagaan di Miri.

Beliau adalah penaja utama Pesta Rakyat Durin 2018.

Pengesahan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg bahawa tiada calon langsung BN akan bertanding pada PRU14 ini menguatkan lagi spekulasi kerusi Parlimen Lanang akan dimiliki SUPP.

Sebelum ini, parti serpihan SUPP iaitu Parti Rakyat Bersatu (UPP) turut mempunyai seorang calon berpotensi­nya di kerusi Lanang, Andrew Ting.

 ??  ?? RASMI: Dr Sim (empat kanan) menyempurn­akan perasmian Pesta Rakyat Durin 2018, malam kelmarin. Turut kelihatan Kelvin (tiga kiri) serta kenamaan lain.
RASMI: Dr Sim (empat kanan) menyempurn­akan perasmian Pesta Rakyat Durin 2018, malam kelmarin. Turut kelihatan Kelvin (tiga kiri) serta kenamaan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia