Utusan Borneo (Sarawak)

Kerjasama UPP, SUPP perkasakan BN Sarawak

-

MIRI: Kerjasama antara Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bukan sahaja penting untuk penyatuan masyarakat Cina malah membantu memperkasa Barisan Nasional (BN) Sarawak.

Pengerusi UPP Pujut, Bruce Chai berkata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah melakukan tugas yang baik sebagai Pengerusi BN Sarawak mendamaika­n kedua-dua parti itu.

“Beliau (Abang Johari) diberi mandat menyatukan kedua-dua parti. Saya berpendapa­t, ini adalah cara terbaik. Kita berterima kasih kepada Ketua Menteri atas bimbingan beliau,” katanya ditemui di sini semalam sebagai mengulas kepentinga­n Perjanjian Persefaham­an (MoU) antara SUPP dan UPP yang dimeterai di Kuching kelmarin.

Menurut Bruce, dengan hala baharu itu UPP akan terus memberi sokongan kepada parti komponen BN memastikan kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Beliau menambah, kemenangan UPP dan SUPP di kerusi diwakili calonnya juga penting untuk menyatukan semula keduadua parti.

“Selepas pilihan raya, sekiranya UPP, SUPP menang banyak kerusi ia membantu dalam proses penyatuan semula kedua- dua parti,” katanya.

Tentang calon, sekiranya calon UPP terpilih, calon perlu bernaung di bawah SUPP sebagai komponen BN.

Persetujua­n ini sekali gus mengetepik­an perbezaan dan perbalahan kedua-dua parti terbabit sebelum ini.

Menerusi MoU itu tiada lagi timbul persoalan tentang calon layak tetapi lebih kepada calon boleh menang.

“Ketua Menteri mahu UPP dan SUPP mengetepik­an perbezaan demi kekuatan perpaduan rakyat di Sarawak dan kekuatan keduadua parti.

“Ketua Menteri juga mahu BN Sarawak kuat dan dengan penyatuan UPP dan SUPP kita dapat mencapai matlamat itu,” jelas Bruce.

Beliau berkata, MoU itu bukan perjanjian kosong tetapi permulaan kepada sesuatu yang baharu untuk masyarakat Cina dan kedua-dua parti ke arah mencapai perpaduan dan kekuatan.

 ??  ?? BERSEMANGA­T: Bruce Chai ketika ditemui pemberita pada sesi Pasukan Tindakan Bergerak (MAT) UPP Pujut di Old Man Street, Miri semalam.
BERSEMANGA­T: Bruce Chai ketika ditemui pemberita pada sesi Pasukan Tindakan Bergerak (MAT) UPP Pujut di Old Man Street, Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia