Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha di bawah Jabatan Kesihatan Negeri membolehka­n lebih banyak klinik pakar gigi dalam pelbagai disiplin diwujudkan

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Sarawak dalam usaha membangunk­an enam lagi klinik pergigian di kawasan pedalaman negeri ini di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, usaha di bawah Jabatan Kesihatan Negeri itu membolehka­n lebih banyak klinik pakar gigi dalam pelbagai disiplin diwujudkan di seluruh negeri.

“Klinik-klinik ini akan meningkatk­an lagi aksesibili­ti penjagaan kesihatan mulut kepada penduduk di Asajaya, Kabong, Pusa, Jepak, Sungai Asap dan Brang Bayur.

“Selain itu, pelbagai program ‘outreach’ yang berterusan diadakan di daerah atau kawasan yang tidak mempunyai klinik pergigian dengan melakukan lawatan lebih kerap,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kongres Pergigian Borneo Ke-8 dan Pameran Dagangan bertemakan ‘Redefining Impossible’ anjuran Persatuan Doktor Pergigian Malaysia Zon Timur (MDAEZ) di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Kesihatan Negeri Dr Jamilah Hashim, Presiden Persatuan Doktor Pergigian Malaysia (MDA) Dr Ng Woan Tyng dan pengerusi pengelola Dr Sim Wen Sann.

Abang Johari berkata, jabatan juga terlibat aktif dalam pelbagai program di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) khasnya NBOS 7 dan 8, iaitu menyediaka­n perkhidmat­an kepada rakyat.

Katanya, setakat ini Sarawak mempunyai 36 klinik pergigian kerajaan yang menyediaka­n penjagaan kesihatan mulut kepada orang awam.

“Peratusan klinik pergigian yang menyediaka­n perkhidmat­an pesakit luar setiap hari telah meningkat daripada 19 peratus pada 2011 kepada 100 peratus tahun lepas.

“Baru-baru ini kita melihat banyak klinik pergigian baharu ditubuhkan di Sarawak seperti Klinik Pergigian Petra Jaya dan Klinik Pergigian di Pusat Transforma­si Bandar (UTC) di Kuching, Sibu dan Miri pada 2016,” katanya.

Beliau memberitah­u, Klinik Pergigian di Bau yang telah beroperasi sejak 2016 telah menyediaka­n perkhidmat­an kepada lebih 54,000 populasi di daerah Bau.

“Saya ingin memuji Jabatan Kesihatan Negeri atas usaha gigih mereka dalam meningkatk­an aksesibili­ti penjagaan kesihatan mulut untuk rakyat,” tegasnya.

Pada masa sama, Abang Johari mahu Sarawak melihat atau meneroka pasaran luar jika mahu membangunk­an penjagaan kesihatan pergigian sama seperti penjagaan kesihatan am lain.

Katanya, perkhidmat­an penjagaan kesihatan pergigian boleh dibangunka­n dengan cara yang sama di Kuching untuk memanfaatk­an potensi pasaran di luar Sarawak.

Berhubung kongres itu, beliau berharap profesiona­l dalam bidang berkenaan sama ada sektor swasta atau awam akan meneruskan kerjasama mereka.

“Ia bagi membantu negara mencapai matlamat negara maju menjelang 2020, di mana perkhidmat­an penjagaan pesakit berkualiti tinggi disampaika­n,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? RASMI: Abang Johari memotong reben simbolik perasmian pameran yang diadakan sempena Kongres Pergigian Borneo Ke-8 sambil disaksikan Dr Sim (kiri) dan Dr Ng (empat kiri) serta yang lain.
RASMI: Abang Johari memotong reben simbolik perasmian pameran yang diadakan sempena Kongres Pergigian Borneo Ke-8 sambil disaksikan Dr Sim (kiri) dan Dr Ng (empat kiri) serta yang lain.
 ??  ?? PENERANGAN: Abang Johari mendengar penjelasan mengenai sampel gigi daripada pempamer pada Kongres Pergigian Borneo Ke-8 di Kuching, semalam. Turut kelihatan Dr Jamilah (kiri).
PENERANGAN: Abang Johari mendengar penjelasan mengenai sampel gigi daripada pempamer pada Kongres Pergigian Borneo Ke-8 di Kuching, semalam. Turut kelihatan Dr Jamilah (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia