Utusan Borneo (Sarawak)

Pustaka anjur program ‘Juh Nambah Ilmu’ 26-29 Mac

-

KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak sekali lagi menganjurk­an program ‘Juh Nambah Ilmu 2018’ bermula 26 hingga 29 Mac ini di beberapa perpustaka­an awam dan desa antaranya Kuching, Kota Samarahan, Lubok Antu, Betong, Sibu dan Mukah.

Pelbagai antara aktiviti yang akan diadakan antaranya program Ilmu di Hujung Jari khas untuk warga emas, sesi Bacaan Kegemaran Saya dan aktiviti Makerspace seperti 3D Printing, 3Doodler (Build your own name) untuk belia dan pelajar sekolah menengah.

Pada 26 Mac, program akan diadakan di Perpustaka­an Awam Majlis Perbandara­n Kota Samarahan dan Perpustaka­an Awam Kota Padawan, sementara pada 27 Mac di Perpustaka­an Awam Engkilili, Perpustaka­an Awam Lubok Antu, Perpustaka­an Desa Kampung Tengah Pusa dan Perpustaka­an Awam Pusa.

Manakala pada 28 Mac, ia akan diadakan di Sibu Public Library Lanang Branch (Grand Heights), Perpustaka­an Desa Teku, Perpusakaa­n Awam Sukun dan Perpustaka­an Awam Durin dan pada 29 Mac di Perpustaka­an Desa Kampung Teh, Perpustaka­an Awam Mukah, Perpustaka­an Awam Dalat dan Perpustaka­an Desa Oya.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Dayang Najwa Hazwani atau Siti Zalilah Abang Zaidi menerusi talian 082-442000 sambungan 339/338 atau e-mel najwa@ sarawak. gov. my/ sitizz@ sarawak.gov.my atau layari laman web Pustaka www. pustaka- sarawak. com atau Facebook Pustaka www.facebook.com/pustaka.sarawak atau twitter Pustakaswk atau Instagram pustakaswk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia