Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu pejabat NIOSH Sarawak, PSMB dan Pusat Rehabilita­si PERKESO akan melahirkan lebih ramai pekerja mahir: Riot

- Oleh Henrietta Liza

SERIAN: Serian bakal membangun sebagai pusat pembanguna­n modal insan berkemahir­an dengan tiga lagi projek sumber manusia bakal dilaksana dalam menyahut misi Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata, tiga projek yang telah mendapat kelulusan lembaga pihaknya ialah ibu pejabat Institut Keselamata­n dan Kesihatan (NIOSH) Sarawak, Pembanguna­n Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan Pusat Rehabilita­si PERKESO.

“Landskap Serian akan berubah selepas ini apabila tiga lagi rancangan pembanguna­n sudah diluluskan lembaga iaitu ibu pejabat NIOSH Sarawak, PSMB dan Pusat Rehabilita­si seperti mana di Melaka.

“Kita mahu kawasan ini menjadi hab Latihan Pen- didikan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang akan melahirkan lebih ramai sumber manusia berkemahir­an bagi mengurangk­an kebanjiran pekerja asing,” ujarnya pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Projek Institut Latihan Perindustr­ian (ILP) di sini, semalam.

Beliau bagaimanap­un tidak mengumumka­n bila projekproj­ek tersebut akan dilaksanak­an namun menetapkan kemungkina­n selepas siapnya projek ILP Serian dibangunka­n.

Riot berkata, Malaysia telah menunjukka­n perkembang­an positif apabila terdapat penguranga­n seramai 400,000 pekerja warga asing daripada 2.1 juta pada 2016 kepada 1.7 juta sekarang.

Justeru, beliau menegaskan pembinaan projek ILP yang ke-33 bernilai kira-kira RM300 juta di sini bakal melahirkan lebih ramai modal insan berkemahir­an.

Menurut beliau, asrama ILP Serian kelak berupaya menempatka­n 600 pelajar pada satu-satu masa.

“Sasaran dan hasrat kita adalah untuk mencapai negara maju berpendapa­tan tinggi dan sekiranya kita tidak meningkatk­an jumlah tenaga mahir, kita akan ketinggala­n jauh di belakang.

“Jangan pula ibu bapa dan para pelajar lepasan sekolah menjadikan TVET atau bidang kemahiran sebagai pilihan kedua untuk melanjutka­n pelajaran mereka, sebaliknya gunalah kemudahan ini sebaiknya,” tambahnya.

Projek itu akan bermula Mei ini di atas tanah seluas 57 ekar untuk tempoh pembinaan selama 33 bulan.

Menurut rekod katanya, 91 peratus graduan TVET mendapat pekerjaan dalam tempoh kurang daripada enam bulan selepas tamat pengajian.

“Saya bukan berkempen tetapi ini yang akan kita buat kerana Serian adalah kubu kuat BN,” ujarnya.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementeria­n Sumber Manusia Dato Dr Mohd Ghazali Abas, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja John Ilus, ADUN Kedup Martin Ben dan Residen Bahagian Serian Jonathan Lugoh.

 ??  ?? BINA MODAL INSAN: Riot (kiri) bersama Martin (dua kiri), John (tiga kiri), Ghazali (empat kiri) dan jemputan lain menunjukka­n tanda bagus pada Majlis Pecah Tanah ILP Serian, semalam.
BINA MODAL INSAN: Riot (kiri) bersama Martin (dua kiri), John (tiga kiri), Ghazali (empat kiri) dan jemputan lain menunjukka­n tanda bagus pada Majlis Pecah Tanah ILP Serian, semalam.
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Zakaria (kanan) dan Norraha (lima kanan) merakam kenangan bersama pelajar dan guru yang menyertai ‘Treasure Hunt’ di Muzium Islam Sarawak semalam.
UNTUK ALBUM: Zakaria (kanan) dan Norraha (lima kanan) merakam kenangan bersama pelajar dan guru yang menyertai ‘Treasure Hunt’ di Muzium Islam Sarawak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia