Utusan Borneo (Sarawak)

‘ Treasure Hunt’ dedah khazanah berharga masyarakat Islam kepada generasi muda

-

KUCHING: Program ‘Treasure Hunt’ di Muzium Islam Sarawak memberi pendedahan kepada generasi muda tentang khazanah berharga masyarakat Islam di negeri ini yang perlu dikekalkan.

Program anjuran Jabatan Muzium Sarawak (JMS) itu diadakan sempena ‘Night At The Museum’ 2018 yang bertujuan menarik minat generasi muda dalam usaha mendekati golongan itu dengan dunia muzium.

MenurutPeg­awaiPerhub­ungan Awam JMS Muhammad Zakaria Hattar, Muzium Islam Sarawak dipilih sebagai lokasi misi mencari harta itu kerana kebanyakan generasi muda tidak mengetahui kewujudan muzium tersebut di bandar raya ini.

“Inilah usaha kita untuk mempromosi­kan Muzium Islam Sarawak kepada generasi muda supaya mereka mengetahui tentang sejarah masyarakat Islam dan budaya orang dahulu yang perlu dipelihara dan dikekalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis penyampaia­n hadiah ‘Treasure Hunt’ yang disempurna­kan Kurator Muzium Islam Norraha Abdul Rahim di Muzium Islam Sarawak di sini semalam.

Menyentuh mengenai program ‘Night At The Museum,’ Zakaria memberitah­u, program itu diadakan bagi memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman bermalam di muzium.

“Kita berterima kasih kepada kesemua sekolah yang terlibat dalam menjayakan program ini,” tambahnya.

Sementara itu, Norraha berkata, penganjura­n program tersebut di Muzium Islam Sarawak dapat memberi pendedahan kepada generasi muda tentang kewujudan muzium itu di bandar raya ini.

Katanya, tidak ramai masyarakat­terutamany­agenerasim­uda menyedari tentang kewujudan muzium tersebut meskipun sudah lama ditubuhkan.

“Terima kasih kepada semua sekolah, diharap anda semua dapat merasai pengalaman berharga di sini dan dapat menyampaik­an maklumat kepada pelajar lain tentang muzium ini,” ujarnya.

‘Treasure Hunt’ yang disertai 36 pelajar dari enam sekolah di sekitar Kuching itu dimenangi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Petra Jaya.

Tempat kedua pula dimenangi SMK Seri Setia, ketiga SMK Seni Malaysia, diikuti SK Tabuan Jaya, SMK St Terresa dan SMK Bandar Samariang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia