Utusan Borneo (Sarawak)

Jalan ke semua rumah di Engkilo permudah penduduk pasar tanaman

-

SIBU: Pembinaan jalan menuju ke semua kediaman penduduk di kawasan Engkilo amat penting bagi memudahkan penduduk memasarkan hasil tanaman mereka ke bandar.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n Dato Sri Wong Soon Koh berkata, kawasan Engkilo di tebing barat Sibu merupakan pengeluar utama sayur-sayuran untuk bandar ini. “Penduduk di kawasan Engkilo rata- ratanya menanam sayur.

Bekalan sayur untuk bandar Sibu kebanyakan datang dari kawasan ini.

“Oleh itu, jika kita hanya membina jalan utama, sukar untuk mereka hantar bekalan sayur ke bandar.

“Pembinaan jalan terus menuju ke rumah penduduk akan memudahkan mereka memasarkan hasil tanaman,” ujarnya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penghargaa­n daripada penduduk kawasan Engkilo, semalam.

Majlis sebagai tanda terima kasih kepada kerajaan dan wakil rakyat kawasan terbabit yang telah menurap jalan menuju ke semua kediaman penduduk di Engkilo.

Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bawang Assan berkata, kawasan itu hanya mempunyai jalan simen ketika beliau menjadi wakil rakyat pada 1991.

Jalan simen dengan lebar empat kaki itu katanya, hanya boleh dilalui oleh basikal dan motosikal.

“Dari situ, kita mula membina jalan yang boleh dilalui kenderaan lebih besar sebelum semua jalan ini diturap pada hari ini.

“Pembinaan Jambatan Batang Igan juga telah banyak mengubah landskap di tebing barat bandar Sibu, termasuk di kawasan Engkilo ini,” jelasnya.

Menteri Kewangan dan Perancanga­n Ekonomi Kedua itu turut memberitah­u, lebih 2,000 jalan menuju ke kedia- man penduduk di kawasan majoriti Cina di Bawang Assan telah diturap.

“Hari ini, penduduk di kawasan Engkilo amat gembira dan berterima kasih kerana kerajaan telah membina serta menurap jalan terus menuju ke kediaman mereka,” ujar Wong yang enggan ditanya mengenai perkembang­an politik.

Hadir sama pada majlis ialah Penghulu Anna Ling, pengerusi penganjur majlis William Pao, Pengerusi Rancangan Sibu 1 (RS1) Dato Andrew Wong serta yang lain.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Wong bersama penduduk di Engkilo pada majlis penghargaa­n daripada penduduk Engkilo, semalam.
PENGHARGAA­N: Wong bersama penduduk di Engkilo pada majlis penghargaa­n daripada penduduk Engkilo, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia