Utusan Borneo (Sarawak)

Mudah dilaksana dan tidak memerlukan ruang luas, ia sesuai untuk golongan belia yang berminat menceburi pertanian

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Teknik fertigasi mampu meningkatk­an ekonomi penduduk luar bandar, kata Pegawai Penguasa Stesen Pertanian Rampangi, Mohd Zulkarnain Ben.

Beliau berkata, teknik tersebut juga sesuai untuk golongan belia yang berminat menceburi bidang pertanian.

“Amat sesuai untuk golongan belia kerana teknik ini menggunaka­n teknologi terkini dari segi pembajaan, pengairan, pengawalan suhu dan sebagainya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada seminar penanaman fertigasi yang dianjurkan sempena Pemukiman Belia SABERKAS Cawangan Semop di sini, semalam.

Turut menghadiri seminar berkenaan ialah Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop dan kira-kira 100 belia mewakili 15 unit SABERKAS Cawangan Semop.

Menurut Wikipedia, ferti- gasi adalah teknik pembajaan melalui sistem pengairan titis di mana larutan baja disalurkan di dalam pengairan, sekali gus membolehka­n nutrien diserap secara efisien oleh tanaman.

Sementara itu, para peserta seminar tersebut mengakui kelebihan teknik fertigasi khasnya bagi kawasan Semop.

Setiausaha SABERKAS Cawangan Semop Hadi Selamat, 45, berkata, teknik fertigasi amat mudah untuk dilaksanak­an.

“Ia juga tidak memerlu- kan ruang yang terlalu luas seperti teknik penanaman tradisiona­l,” ujarnya.

Bendahari SABERKAS Cawangan Semop Gusti Sahdan, 48, pula berkata, Pulau Bruit berpotensi besar untuk dibangunka­n dengan perta- nian menggunaka­n kaedah berkenaan.

“Pulau Bruit punya potensi besar dalam kaedah fertigasi ini dan sesuai diperkenal­kan kepada golongan belia,” katanya.

Manakala, Pengerusi SABERKAS Unit Semop Rosita Jahari, 41, berkata kaedah fertigasi tergantung amat sesuai untuk dibawa ke kawasannya.

“Teknik fertigasi tergantung saya fikir lebih sesuai di Kampung Semop dan kita akan perkenalka­nnya kepada golongan belia,” jelasnya.

Selain menghadiri ceramah dan dialog tentang keusahawan­an dan kepimpinan, peserta turut menyertai program ‘outreach’ TEGAS.

Antara objektif program ialah mengukuhka­n kerjasama danperpadu­anantarake­pimpinan unit-unit SABERKAS di bawah Cawangan Semop dan rakan-rakan SABERKAS di Cawangan Balingian.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Abdullah (tengah) menyampaik­an cenderahat­i kepada Mohd Zulkarnain disaksikan yang lain.
TERIMA KASIH: Abdullah (tengah) menyampaik­an cenderahat­i kepada Mohd Zulkarnain disaksikan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia