Utusan Borneo (Sarawak)

Lihat semula senarai sekolah perlu dibaik pulih: Fazzrudin

-

KUCHING: Kerajaan diseru melihat semula senarai sekolah yang perlu dibaik pulih di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Tupong Fazzrudin Abdul Rahman berkata, masih terdapat sekolah yang memerlukan bantuan penambahba­ikan infrastruk­tur.

Mengulas lanjut katanya, kawasan DUN Tupong juga tidak terkecuali berdepan masalah infrastruk­tur sekolah.

“Justeru, kita menyeru kerajaan agar melihat kembali senarai sekolah yang perlu ditambah baik melibatkan keperluan dari segi aspek fizikal dan keselamata­n.

“Pembanguna­n infrastruk­tur sekolah sememangny­a memerlukan bantuan daripada pihak kerajaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Geran Tahunan Sekolah Di Kawasan N. 6 Tupong di SMK Petra Jaya di sini, semalam.

Pada majlis tersebut, Fazzrudin menyampaik­an geran berjumlah RM193,000 kepada 25 sekolah menengah dan rendah bagi 2017.

“Sebuah sekolah menengah menerima geran RM10,000, manakala RM5,000 untuk sekolah rendah dan Kelas Pendidikan Khas menerima geran berjumlah RM3,000,” ujarnya.

Menjelaska­n perkara itu, Fazzrudin mengakui jumlah peruntukan itu tidak mencukupi namun ia diluluskan mengikut keperluan dan keutamaan.

Apa yang penting ialah pendidikan yang akan membuahkan hasil dan kejayaan kepada anak-anak di sekolah, katanya.

Sehubungan itu katanya, bantuan pihak kerajaan dalam menangani isu itu amat penting dalam memastikan perjalanan pembelajar­an pelajar lancar.

“Oleh sebab itu juga kita mengadakan sesi santai bersama warga sekolah untuk mengenal pasti dan mengetahui apakah masalah atau cabaran yang dihadapi pihak sekolah.

“Ini kerana di Parlimen Petra Jaya, DUN Tupong khususnya amat mengambil berat soal pelajaran, dan ia merupakan satu keutamaan bagi memastikan anak-anak di kawasan ini berjaya sehingga menempa nama di persada antarabang­sa,” jelasnya.

 ??  ?? GUNA SEBAIKNYA: Fazzrudin menyerahka­n geran kepada salah seorang wakil dari sekolah di kawasan DUN Tupong di Kuching, semalam.
GUNA SEBAIKNYA: Fazzrudin menyerahka­n geran kepada salah seorang wakil dari sekolah di kawasan DUN Tupong di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia