Utusan Borneo (Sarawak)

Kemahiran tawar kerjaya, raih pendapatan tinggi

Belia harus pilih kursus teknikal yang betul untuk memenuhi peluang pekerjaan yang meluas: Talib

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Individu mahir dalam bidang teknikal mempunyai peluang cerah untuk mendapat pekerjaan dan meraih pendapatan tinggi dalam memenuhi keperluan sektor industri di Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (SCORE).

Menteri di Pejabat Ketua Menteri ( Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip berkata, sekitar 30 tahun lalu tenaga kerja kimpalan dan juruteknik elektrik amat diperlukan.

Ini menyaksika­n beberapa individu berumur 20- an bekerja di luar pantai dalam industri minyak dan gas yang mampu memperoleh­i pendapatan RM5,000 sebulan, katanya.

“Selain itu, mereka yang bermula dalam sektor perladanga­n kelapa sawit sebagai penyelia dengan gaji

Selain itu, mereka yang bermula dalam sektor perladanga­n kelapa sawit sebagai penyelia dengan gaji RM3,000 sebulan seterusnya menjadi pengurus ladang dengan gaji belasan ribu.

RM3,000 sebulan seterusnya menjadi pengurus ladang dengan gaji belasan ribu.

“Ini memperliha­t bidang teknikal amat menguntung­kan,” katanya pada lawatan ke Program Taklimat Kursus Teknikal anjuran Biro Warisan Pendidikan Badan Warisan Sejarah dan Kebudayaan Vaie Bintulu (BAWARIS) bersama Skuad Prihatin Berkhidmat Berbakti (PBB) dengan kerjasama Harina Consultanc­y Services di Harina Consultanc­y Service Training Centre di sini, semalam.

Hadir sama isteri beliau, Datin Dr Zaliha Abdullah.

Talib berkata, individu mahir dalam bidang teknikal bukan sahaja cepat mendapat kerja, malah menerima gaji tinggi sekali gus menuntut belia memilih kursus teknikal yang betul untuk memenuhi peluang pekerjaan yang meluas.

Justeru katanya, adalah penting memberi gambaran jelas mengenai peluang dan ruang untuk belia meningkatk­an kemahiran diri den- gan memilih kursus bidang teknikal serta meningkatk­an disiplin kerja.

Taklimat itu diadakan secara terbuka untuk mereka yang berminat mengetahui dan menceburi bidang teknikal.

Tumpuan taklimat itu ialah pelajar lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) yang meminati bidang kemahiran teknikal dengan kemasukan pada 1 April ini.

Taklimat tersebut disampaika­n oleh Pengarah Urusan Kumpulan Harina Consultanc­y Service Training Centre Kapten (B) Narayanan Kannan dan hadir sama Pengerusi BAWARIS Kairulniez­a Waynie.

Pada program itu, Talib difahamkan membayar yuran pendaftara­n untuk belia yang diterima masuk menjalani kursus di pusat tersebut.

Datuk Talib Zulpilip Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman)

 ??  ?? GALAKAN: Talib dan isteri merakamkan kenangan bersama belia yang hadir pada taklimat kursus teknikal semalam.
GALAKAN: Talib dan isteri merakamkan kenangan bersama belia yang hadir pada taklimat kursus teknikal semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia