Utusan Borneo (Sarawak)

Kurang penerangan punca ramai pemandu teksi kurang faham e-hailing, inisiatif kerajaan

-

KUCHING: Gabungan Persatuan Pemilik Teksi Sarawak mengakui kurang memahami pelaksanaa­n ehailing termasuk program bantuan yang disediakan kerajaan untuk pemandu teksi di negeri ini.

Setiausaha Gabungan Persatuan Pemilik Teksi Sarawak Robert Angkah berkata, perkara ini terjadi ekoran ramai dari kalangan ahli atau pemandu teksi tidak menerima penerangan jelas maklumat terkini berkaitan usaha kerajaan tersebut.

Disebabkan itu katanya, kebanyakan ahli atau pemandu teksi di negeri ini buruk sangka terhadap apa yang dilaksanak­an kerajaan.

“Mungkin kita tersalah sangka kerana penerangan jelas mengenai perkara ini tidak sampai kepada pemandu teksi di negeri ini.

“Seperti bantuan untuk pembelian teksi baharu di bawah inisiatif kerajaan menerusi Program Transforma­si Industri Teksi (TITP) yang menyediaka­n geran RM5,000 untuk pemandu teksi, ramai dari kalangan kita pemandu teksi tidak mengetahui­nya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Bengkel Transforma­si Industri Teksi anjuran Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdaganga­n (LPKP) di sebuah hotel di sini kelmarin.

Sehubungan itu, Robert berharap agar lebih banyak bengkel seumpama itu dianjurkan untuk memberi penerangan yang lebih jelas kepada pemandu teksi di negeri ini.

Menyentuh mengenai transforma­si industri teksi yang dilaksnaka­n kerajaan, beliau berkata, usaha tersebut memberi kesan kepada pendapatan pemandu teksi.

Namun katanya, ia adalah tempoh cabaran yang perlu dihadapi dalam setiap pembaharua­n yang berlaku.

“Kita tidak boleh lari dari perubahan dan setiap pembaharua­n ini sememangny­a ada cabarannya. Sebab itulah kita berharap pemandu teksi dapat bersabar menempuhi cabaran ini,” tambahnya.

Justeru, beliau mencadangk­an agar kerajaan menyediaka­n insentif atau bantuan ‘one-off’ sekurang-kurangnya RM500 kepada pemandu teksi untuk menghadapi tempoh cabaran itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia