Utusan Borneo (Sarawak)

Hukuman berat ke atas perogol harus yakini mangsa untuk tampil

-

KUCHING: Hukuman berat yang dikenakan ke atas seorang tukang kebun sekolah atas kesalahan merogol baru-baru ini seharusnya memberi keyakinan kepada mangsa rogol di negeri ini untuk tampil ke hadapan.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, diharapkan juga hukuman berat sedemikian akan mengurangk­an kes rogol terutama bawah umur.

“Saya berharap hukuman berat dikenakan dapat mengurangk­an kes rogol khasnya rogol bawah umur.

“Mereka (mangsa) tidak perlu menanggung derita dalam diam,” katanya ketika dihubungi The Borneo Post di sini, semalam.

Pada Jumaat lepas, Hakim Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad menjatuhka­n hukuman penjara 80 tahun dan 18 sebatan ke atas Motis Juwel, 56, yang didapati bersalah di Mahkamah Sesyen kerana melakukan kesalahan rogol bawah umur dan jenayah seks terhadap kanak-kanak.

Fatimah berkata, tindakan pantas polis menangkap tukang kebun berkenaan pada hari yang sama selepas laporan polis dibuat juga membolehka­n mahkamah melakukan penghakima­n dengan segera.

“Saya sangat gembira melihat bahawa rantaian sistem sokongan untuk mangsa rogol diambil kira,” katanya.

Mengulas mengenai mangsa yang juga gadis kelainan upaya ( OKU), Fatimah memberi jaminan bahawa kaunseling akan diberikan kepada mangsa dengan secepat mungkin.

Motis melakukan kesalahan itu ke atas gadis berusia 14 tahun terbabit empat kali, sekali sekitar Mei 2016 kira-kira jam 10 pagi, dan tiga kali antara Januari dan bulan ini.

Mahkamah mensabit kesalahan ke atasnya terhadap empat pertuduhan merogol di bawah Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan, dan bagi setiap pertuduhan, dia menerima hukuman penjara 15 tahun dan tiga sebatan.

Bagi dua pertuduhan lain, dia memaksa gadis itu untuk melakukan hubungan seks dengan rakan sekelasnya sementara dia melihat mereka melakukan persetubuh­an.

Bagi kesalahan itu, dia disabit kesalahan atas dua tuduhan jenayah seksual terhadap kanak-kanak di bawah Seksyen 14(b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak- kanak 2017, dan menerima hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan bagi setiap pertuduhan.

Semua insiden itu berlaku dalam sebuah stor di sekolah terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia