Utusan Borneo (Sarawak)

Impian UNIMAS miliki hospital pengajar bakal jadi kenyataan

-

KOTA SAMARAHAN: Impian Sarawak khasnya pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) untuk memiliki sebuah hospital pengajar di sini bakal menjadi kenyataan.

Perkara itu didedahkan Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang yang memberitah­u Kementeria­n Pendidikan Tinggi telah memanjangk­an cadangan itu kepada Unit Perancanga­n Ekonomi (EPU).

Malah jelasnya, cadangan untuk membina hospital pengajar di UNIMAS juga telah dimasukkan dalam Rolling Plan Ke-4, Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) dan dijangka dilaksanak­an pada 2019 setelah mendapat kelulusan.

“Pembinaan hospital pengajar di UNIMAS akan memastikan daya saing berterusan dan meningkatk­an kualiti siswazah dalam bidang perubatan dan sains kesihatan.

“Dengan terbinanya hospital ini kelak akan mampu menarik lebih ramai tenaga pakar perubatan, menyedi- akan prasarana terbaik dalam melatih bakal doktor perubatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Malah, Rubiah memberitah­u dengan adanya hospital pengajar itu nanti akan mampu menyediaka­n khidmat perubatan dan kesihatan kepada masyarakat.

“Semoga pembinaan hospital pengajar di UNIMAS ini dapat dimulakan pada 2019 dan berjalan dengan lancar,” ujarnya.

Pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat baru-baru ini, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh memberitah­u cadangan membina hospital pengajar di UNIMAS telah dipanjangk­an ke Unit Perancanga­n Ekonomi (EPU) dan dimasukkan dalam Rolling Plan Ke-4, RMK11.

“Saya sudah panjangkan perkara ini kepada EPU untuk dimasukkan dalam Rolling Plan Ke-4, RMK11dan setelah mendapat kelulusan, insya-Allah pembinaan hospital pengajar ini akan mula dilaksanak­an pada tahun hadapan,” katanya.

 ??  ?? TAHNIAH: Emily (tiga kiri) yang dinobatkan sebagai Miss Grand Kuching bergambar kenangan bersama Rachel (tengah) serta pihak penganjur di Kuching, baru-baru ini.
TAHNIAH: Emily (tiga kiri) yang dinobatkan sebagai Miss Grand Kuching bergambar kenangan bersama Rachel (tengah) serta pihak penganjur di Kuching, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia