Utusan Borneo (Sarawak)

Emily Rachael wakili Kuching ke Miss Grand Sarawak di Sibu

-

KUCHING: Emily Rachael, 23, dinobatkan sebagai Miss Grand Kuching selepas mengalahka­n tujuh finalis lain pada peringkat akhir pertanding­an ratu cantik itu yang berlangsun­g di sebuah hotel terkemuka di sini, baru-baru ini.

Anak kacukan Iban dan Bidayuh yang berasal dari Kuching itu berjaya membawa pulang wang tunai RM1,000, mahkota daripada M.O Sarawak, selempang, jambangan bunga serta hadiah-hadiah tajaan lain.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan Emily untuk mewakili Bahagian Kuching pada pertanding­an ratu cantik peringkat negeri, Miss Grand Sarawak pada 31 Mac ini di Sibu.

Menurut Emily yang bekerja sebagai Eksekutif Penyelid- ikan, dia sememangny­a tidak menyangka akan muncul sebagai juara pertanding­an itu.

“Saya amat teruja kerana ini merupakan pertanding­an pertama yang saya sertai. Untuk persiapan seterusnya, saya akan melakukan yang terbaik dengan mengasah lagi bakat ‘catwalk’ dan menjawab soalan IQ sebagai wakil Kuching,” katanya yang juga merupakan pemegang Sarjana Muda Sains (Sumber Bioteknolo­gi).

Sementara itu, naib juara dimenangi oleh Rachel Justin iaitu mahasiswa jurusan Ijazah Sarjana Muda Perdaganga­n dalam Perakaunan.

Rachel membawa pulang hadiah wang tunai, mahkota, selempang, jambangan bunga dan hadiah produk daripada penaja.

Beliau turut menerima gelaran sampingan iaitu Miss Grand Borneo Medispa dan Miss Grand Best Photo.

Manakala, tempat ketiga dimenangi oleh Priscilla Christophe­r dari Limbang yang bekerja sebagai pegawai kewangan.

Priscilla membawa pulang hadiah wang tunai, mahkota, selempang, jambangan bunga dan hadiah produk daripada penaja.

Gelaran sampingan lain ialah Miss Grand Beautiful yang dimenangi Emily Rachael, Miss Grand Talent (Elisha Jim), Miss Grand Best Catwalk (Michelle Gromeko), Miss Grand Popular dan Miss Grand Sosial Media (Natalie Edwin).

Pertanding­an Miss Grand Kuching itu merupakan anjuran bersama M.O Sarawak dengan Keringkam Jingga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia