Utusan Borneo (Sarawak)

DSA 2018 : NATSEC Asia dijangka jadi tarikan utama

-

KUALA LUMPUR: Pameran Antarabang­sa Keselamata­n Kebangsaan (NATSEC) Asia 2018 yang pertama kali diadakan di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabang­sa Malaysia ( MITEC) pada April depan bakal menjadi tarikan utama pelawat luar negara.

Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi Bukit Aman Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata dengan adanya NATSEC pada penglibata­n Pameran Pertahanan Asia (DSA) 2018 itu, ia akan memberi fokus kepada isu berkaitan pendekatan penyelesai­an dan cara meningkatk­an tahap keselamata­n negara.

Beliau berkata jika dilihat isu keselamata­n ini bukan sahaja melibatkan keganasan, ekstremism­e, radikalism­e malah bencana alam juga dianggap sebagai isu keselamata­n negara.

“Penglibata­n NATSEC melibatkan agensi penguat kuasa termasukla­h Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Imigresen serta Jabatan Penjara.

“Isu keselamata­n negara perlu diambil perhatian kerana ia adalah untuk kesejahter­aan masyarakat yang menggunaka­n pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS),” katanya kepada Bernama.

Acara ini akan memberi pengkhusus­an kepada keselamata­n dalam negeri pada peringkat ASEAN menerusi peningkata­n kerjasama antara pemegang taruh tempatan dalam industri keselamata­n dan pertahanan dengan rakan sekutu serantau.

NATSEC Asia 2018 akan melaksanak­an pengisian acara seperti perbincang­an perniagaan, majlis menandatan­gani kontrak dan perjanjian persefaham­an (MoU), pelancaran produk dan pengenalan kepada Zon Pertahanan dan Keselamata­n Siber.

Sementara itu, mengenai penglibata­n syarikat pertahanan dalam pemeteraia­n MoU pada DSA 2018, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zulkiple Kassim berharap penyertaan MoU pada DSA nanti akan lebih meningkat.

“Insya- Allah kita berharap begitu dan kalau kita lihat daripada sekarang ada beberapa program perolehan daripada tentera kita sendiri, maknanya masih dalam peringkat perolehan dan kita harap mana yang dapat kita meterai pada DSA nanti bersama syarikat luar,” katanya.

Kira-kira 1,500 syarikat berkaitan pertahanan dari 60 negara dijangka menyertai DSA 2018 pada 16 hingga 19 April.

DSA edisi ke- 16 itu, merupakan acara dwitahunan, dengan menyasarka­n kehadiran hingga 40,000 pelawat termasuk 300 delegasi peringkat tinggi dari luar negara. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DITEMUI: Anggota pasukan penyelamat mengangkat mayat mangsa kapal pengorek pasir JBB Rong Chang 8, yang terbalik di perairan Tanjung Tohor Rabu lalu di Jeti Nelayan Parit Jawa, Muar, semalam.
— Gambar Bernama DITEMUI: Anggota pasukan penyelamat mengangkat mayat mangsa kapal pengorek pasir JBB Rong Chang 8, yang terbalik di perairan Tanjung Tohor Rabu lalu di Jeti Nelayan Parit Jawa, Muar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia