Utusan Borneo (Sarawak)

Dua maut kereta hilang kawalan rempuh pembahagi jalan

-

KEPALA BATAS: Tujuh belas rumah dan sebuah stor di Kampung Guar Kepah, Penaga dekat sini rosak dipukul ribut petang kelmarin.

Pusaran angin kira-kira jam 5 petang itu dikatakan berlaku dalam masa singkat ketika hujan lebat.

Mohd Jefri Awang, 40-an, berkata ketika kejadian beliau dan tiga anggota keluarga termasuk ibunya sedang berehat dalam rumah sebelum hujan lebat disertai ‘angin kencang berpusing’ melanda kawasan kampung mereka.

“Saya baharu balik dari sawah...habis bumbung rumah kami dibawa ribut...saya tidak fikir panjang dan menjerit menyuruh isteri dan anak keluar dari rumah.

“Saya pula terus ke bilik ibu, Mariam Hassan, 74, yang uzur dan mendukungn­ya keluar dari rumah untuk ke tempat selamat,” katanya di sini semalam.

Mohd Jefri berkata selain semua bumbung rumah yang diterbangk­an angin, beberapa barang elektrik serta perabot turut rosak kerana bahagian dapur rumah mereka dimasuki air hujan.

Hoh Ah Cha, 58, pula berkata beliau berada di dalam rumah bersama enam anggota keluargany­a apabila terdengar bunyi angin kencang dari hadapan rumah.

“Ketika saya tengok apa yang berlaku kat depan rumah, isteri datang bagi tahu bumbung rumah diterbangk­an ribut... sudah 50 tahun saya duduk di sini, ini (ribut) pertama kali berlaku di rumah saya,” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga Datuk Mohd Zain Ahmad yang meninjau keadaan rumah mangsa terlibat dalam kejadian itu, berkata pihaknya menerusi Pejabat Parlimen Kepala Batas akan menyalurka­n bantuan segera kepada mereka yang terlibat. — Bernama GUA MUSANG: Dua maut manakala seorang cedera ringan apabila kereta Proton Wira yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas merempuh pembahagi jalan di Kilometer 70 Jalan Gua Musang-Lojing di sini, awal semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Mohd Taufik Maidin berkata dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi, mangsa yang maut adalah pemandu kereta, S.Paramasiva­m,33, berasal dari Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang, dan seorang lagi mangsa wanita yang identitiny­a belum dipe- roleh.

Mohd Taufik berkata mangsa wanita berkenaan duduk di bahagian belakang kereta tersebut dan keduadua mangsa meninggal dunia akibat cedera parah di badan dan kepala.

Beliau berkata seorang lagi penumpang hadapan kereta tersebut, Sharif Sayid Ahmad, 38, berasal dari Kampung Raja, Cameron Highlands hanya cedera ringan.

“Kesemua mangsa dalam perjalanan dari Gua Musang ke Cameron Highlands dan sebaik tiba di lokasi kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang dikejarkan ke lokasi untuk mengeluark­an dua mangsa yang tersepit. Mangsa yang cedera ringan dihantar ke Hospital Gua Musang untuk menerima rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Katanya siasatan awal mendapati pemandu kereta terbabit berada dalam keadaan mabuk akibat pengaruh alkohol.

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia