Utusan Borneo (Sarawak)

Jual tanah Ijok: Reman empat suspek disambung, dua lagi bebas

-

PUTRAJAYA: Tempoh re- man empat individu termasuk seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ disambung selama empat hari lagi bagi membantu siasatan kes penjualan tanah seluas kira-kira 880 hektar di Ijok, Selangor kepada syarikat pemaju swasta pada harga RM1.18 bilion.

Majistret Nik Muhammad Hafiz Nik Mahmood membenarka­n tempoh reman keempat-empat suspek itu disambung bermula hari ini hingga Rabu ini setelah mendengar permohonan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Dua lagi individu termasuk seorang ‘Datuk’ yang sebelum ini turut direman bagi membantu siasatan kes itu dibebaskan dengan jaminan RM20,000 setiap seorang.

Pada Selasa lepas, keenamenam suspek itu direman selama empat hari bagi membantu siasatan SPRM berhubung skandal penjualan tanah di mukim Ijok.

Setakat ini, tujuh individu ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes tersebut termasuk seorang pengarah syarikat bergelar ‘ Datuk’ yang masih dalam tempoh reman selama tujuh hari sehingga Rabu ini (28 Mac).

Selain tangkapan, SPRM turut membekukan sebanyak 43 akaun bank yang dianggarka­n bernilai kirakira RM87 juta berhubung kes tersebut.

Ketua Pesuruhjay­a SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad dilaporkan berkata bahawa siasatan pihaknya berhubung itu merangkumi penerimaan bayaran menerusi transaksi wang kira-kira RM200 juta kepada lima syarikat dengan masing- masing menerima kira-kira RM68 juta, RM62 juta, RM42 juta, RM16.5 juta dan RM8.5 juta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia