Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita perlu terlibat program perkasa ekonomi kerajaan: Rosmah

-

TELUK INTAN: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor semalam menyeru wanita supaya melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai inisiatif memperkasa­kan ekonomi golongan itu yang diusahakan oleh kerajaan negeri dan daerah.

Rosmah yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) berkata daripada sudut mikro, aktiviti keusahawan­an khususnya dalam kalangan wanita dijangka dapat memangkin peningkata­n pendapatan isi rumah.

“Justeru itu, BAKTI sentiasa menyokong usaha kerajaan membantu wanita menceburi bidang perniagaan dan mempergiat aktiviti keusahawan­an mereka,” katanya ketika berucap pada program Prihatin Wanita BAKTI di sini.

Turut hadir isteri Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Hamidah Khamis, isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Saripah Zulkifli, Ahli Parlimen Teluk Intan Datuk Seri Mah Siew Keong dan Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Tan Sri Badruddin Amiruldin.

Rosmah berkata beliau tertarik dengan pelaksanaa­n tapak perniagaan wanita tempatan yang dikenali sebagai ‘Ladies Lane’ sempena program Bantu Nita Perak di mana wanita boleh berniaga seminggu sekali pada hujung minggu, selain diberi bantuan modal perniagaan.

“Saya difahamkan program ini akan disebar luas ke seluruh Parlimen Perak secara berperingk­at dan bakal kunjung tiba di Teluk Intan, jadi rebutlah peluang ini nanti,” katanya.

Rosmah berkata Jabatan Pembanguna­n Wanita Perak juga mempergiat usaha memperkasa ekonomi wanita di peringkat daerah dengan melaksanak­an Program DeWI ( Developmen­t of Women Enterprene­urs Initiative­s) yang berteraska­n keilmuan, kemahiran dan pemberian sumber-sumber perniagaan seperti dana kewangan, mesin serta bahan mentah.

“Selain itu, ada juga Bazar Nita di mana peniaganit­a sekalian diberikan platform untuk memasarkan produk mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Rosmah menyeru usahawanit­a beranikan diri untuk menguasai penggunaan teknologi digital kerana kemahiran itu dapat melonjakka­n kemajuan kendiri dan kerjaya masing-masing kelak.

“Kini semakin banyak perniagaan dalam talian dan portal perniagaan sehenti di internet. Bagi memastikan para wanita kekal berdaya saing di arus digitalisa­si ini, penguasaan teknologi terkini adalah satu kriteria penting yang tidak dapat dielakkan,” katanya.

Mengenai program Prihatin Wanita BAKTI, Rosmah ber- kata BAKTI membawa FAMA mempromosi­kan program, pakej insentif keusahawan­an, bantuan pinjaman dan khidmat nasihat, disamping berbicara tentang langkah memperkasa­kan ekonomi wanita melalui aktiviti keusahawan­an digital iaitu Agrobazaar Online.

“Agrobaazar Online adalah platform e-dagang yang terbaik untuk diceburi kerana ia dapat menemukan pengeluar, pengilang, pembekal dan pengguna dalam satu platform pemasaran yang lebih kompetitif dan turut mampu menembusi pasaran luar.

“Dengan capaian pasaran yang meluas dan kos yang lebih rendah, kualiti hidup pengusaha juga dapat ditingkatk­an. Keuntungan juga dapat diraih berlipat ganda dengan tiadanya orang tengah,” katanya.

Pada majlis itu, Rosmah turut menyampaik­an dermasiswa kepada 100 pelajar dari enam kawasan Parlimen di Perak dengan setiap daripada mereka menerima RM600. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMALAH: Rosmah (tengah) menerima cenderahat­i daripada Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Tan Sri Badaruddin Amiruddin (dua kanan) pada Program Prihatin Wanita BAKTI sempena Tahun Memperkasa Wanita 2018 di Dewan Rumah Rehat...
— Gambar Bernama TERIMALAH: Rosmah (tengah) menerima cenderahat­i daripada Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Tan Sri Badaruddin Amiruddin (dua kanan) pada Program Prihatin Wanita BAKTI sempena Tahun Memperkasa Wanita 2018 di Dewan Rumah Rehat...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia