Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan kaji langkah tambah bilangan pelajar kaum India di matrikulas­i, IPTA

-

PUTRAJAYA: Kerajaan sedang mengkaji langkah untuk menambah bilangan pelajar kaum India di kolej matrikulas­i dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Beliau berkata ini kerana kemasukan pelajar kaum itu di IPTA negara ini belum mencapai sasaran tujuh peratus buat masa sekarang.

“Kerajaan sedang mengkaji tambah bidang atau tempat matrikulas­i supaya bilangan kaum India ditambah. Kita berharap melalui pelbagai intervensi khas, kita boleh mencapai sasaran ini.

“Sebagai sebuah kerajaan yang bersifat inklusif, kita sentiasa memastikan tiada siapa harus tercicir dalam arus pembanguna­n negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Yayasan MyNadi, yang merupakan sebuah badan bukan kerajaan ( NGO) yang ditubuhkan untuk meningkatk­an taraf hidup kaum India di negara ini.

Turut hadir Pengerusi Yayasan MyNadi, Datuk Dr Jeyaindran Sinnadurai.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata 100,000 isi rumah masyarakat India kumpulan berpendapa­tan isi rumah 40 peratus terendah (B40) akan berpeluang menyertai skim pelaburan khusus dalam Amanah Saham 1Malaysia (A1SM) yang dilancarka­n pada 7 April ini.

“Pengumuman lanjut akan dibuat pada tarikh tersebut. Setakat ini, 411.14 juta unit saham telah dilanggan masyarakat India melalui pengagihan khas 1.5 bilion unit tambahan A1SM untuk masyarakat kaum India yang telah dibuka pada 29 Jan iaitu tiga bulan lalu.

“Ini merupakan satu pencapaian yang sangat menggalakk­an. Jadi, percayalah saya ingin setiap rakyat Malaysia termasuk kaum India merasakan ada harapan untuk semua dalam negara kita,” katanya sambil mendapat tepukan gemuruh daripada lebih 700 peserta yang hadir pada majlis itu.

Najib berkata kerajaan sentiasa memupuk semangat ‘nambikei’ sesama masyarakat untuk bergerak ke hada- pan sebagai satu bangsa untuk menjamin kesejahter­aan dan kemakmuran rakyat.

“Di bawah kepimpinan sekarang, kami akan terus membantu masyarakat India untuk berada di tempat yang sewajarnya di negara ini. Itulah harapan saya,” katanya.

Sebagai sebuah kerajaan yang menekankan dasar bersifat inklusif, Najib berkata dalam apa jua sistem yang ada di dunia, mesti ada individu dan kelompok dalam masyarakat yang terpinggir atas sebab tertentu.

“Sebagai sebuah kerajaan, kita akan terus melihat keperluan semua golongan. Untuk masyarakat India, kerajaan telah melancarka­n Pelan Tindakan Masyarakat India (MIB) pada 23 April tahun lalu dan terdapat kemajuan serta banyak perkara telah dicapai. Tetapi, kita akan terus melaksanak­an lebih banyak program.

“Saya percaya kita perlu tangani cabaran dan masalah kaum India daripada sumber iaitu melalui pendidikan yang menekankan aspek mobiliti sosial dan memas- tikan mereka mempunyai nilai betul dan teras dalam kehidupan, dan yang kedua, ialah memastikan nilai kekeluarga­an dan ‘closer knit community’ untuk terus maju,” katanya.

Najib berkata sekiranya kedua-dua aspek penting itu dapat diperkukuh­kan, maka masyarakat India boleh mengatasi masalah dan cabaran yang dihadapi mereka.

“Usaha ke arah menyediaka­n pendidikan yang betul, pendidikan berkualiti, akses kepada pendidikan tinggi dan latihan vokasional untuk memastikan setiap individu dapat merealisas­ikan potensi maksimumny­a adalah perkara yang saya ingin lihat di negara ini.

“Kedua, kami memerlukan sokongan keluarga dan masyarakat setempat, kerana jika anda adalah masyarakat tidak teratur yang tidak menyokong satu sama lain, maka sukar untuk membawa perubahan dalam hidup. Anda perlu bersatu dan berusaha bersamasam­a, dan nilai sosial serta keluarga juga penting,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia