Utusan Borneo (Sarawak)

Tawaran pemutihan baharui cukai jalan

-

BENTONG: Pemilik motor dan kenderaan yang cukai jalannya telah tamat tempoh tidak lebih dari tiga tahun kini dibenarkan untuk memperbaha­rui cukai jalan dan insurans kenderaan mereka tanpa perlu melalui proses biasa, menerusi program pemutihan yang berkuat kuasa semalam hingga akhir Jun.

Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata program pemutihan itu, yang pertama kalinya pernah dilaksanak­an Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), telah mendapatka­n sokongan serta kerjasama dari syarikatsy­arikat insurans.

“Saya menyeru supaya pemilik kenderaan terlibat mengambil peluang ini untuk memperbaha­rui semula cukai jalan dan insurans kenderaan mereka dalam tempoh tiga bulan ini.

“Program pemutihan ini menunjukka­n keprihatin­an kerajaan dalam membantu rakyat, khususnya mereka yang berada dalam golongan B40 (kumpulan berpendapa­tan isi rumah 40 peratus terendah),” katanya pada sidang akhbar selepas melancarka­n Karnival Kementeria­n Pengangkut­an di sini, semalam.

Katanya pemilik motosikal dan kenderaan yang terlibat juga akan menikmati potongan bayaran insurans jika memperbahu­rinya dalam tempoh itu.

“Bagi motosikal 125cc, pemilik hanya perlu bayar RM80 berbanding antara RM100 hingga RM140 kadar biasa,” katanya.

Beliau menjelaska­n, jika mengikut prosedur biasa, ken- deraan yang telah luput cukai jalannya melebihi satu tahun perlu menjalanka­n pemeriksaa­n di Pusat Pemeriksaa­n Kenderaan Berkompute­r sebelum dinilai dan diluluskan permohonan untuk pembaharua­n cukai jalan.

Sementara itu, Ketua Pengarah JPJ Datuk Shaharuddi­n Khalid yang turut hadir di karnival itu menganggar­kan terdapat hampir 28 juta kenderaan berdaftar di Malaysia.

Bagaimanap­un, katanya pada tahun 2017, hanya 19 juta sahaja yang memperbaha­rui cukai jalan.

“Program pemutihan itu akan dilaksanak­an di semua pejabat JPJ seluruh negara,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Liow yang juga ahli Parlimen Bentong berkata Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), den- gan pekan Bentong sebagai salah satu hentiannya, bakal mengurangk­an tempoh perjalanan Bentong ke Kuala Lumpur daripada satu jam sekarang kepada hanya 25 minit apabila projek itu siap pada 2024 nanti.

Katanya kerja-kerja membuat terowong sepanjang 18km yang merentasi Bentong telah dimulakan.

Beliau berkata projek tersebut akan melonjak pertumbuha­n Bentong dan menjadikan­nya bandar satelit di bawah Greater Kuala Lumpur.

Pelbagai aktiviti telah diadakan sempena karnival satu hari itu, termasuk pameran oleh agensi-agensi di bawah Kementeria­n Pengangkut­an, pemeriksaa­n kenderaan percuma, penguranga­n saman JPJ dan pemeriksaa­n gigi percuma. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia